Librium

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Librium?

Chlordiazepoxide adalah sejenis benzodiazepine. Chlordiazepoxide menjejaskan bahan kimia di dalam otak yang mungkin tidak seimbang dalam kalangan orang yang mengalami kegelisahan.

Librium® digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan. Librium® boleh digunakan untuk jangka masa pendek bagi merawat kegelisahan yang mungkin anda alami sebelum pembedahan. Librium® juga digunakan untuk merawat gejala kegelisahan atau ketagihan alkohol.

Librium® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Librium?

Baca Panduan Ubat yang disediakan oleh ahli farmasi anda sebelum anda mula mengambil Librium® dan setiap kali anda mendapatkan pengisian semula. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, tanya doktor atau ahli farmasi anda.


Ambil ubat ini melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Dos yang anda ambil adalah berdasarkan usia anda, keadaan kesihatan, dan tindak balas anda terhadap rawatan.

Gunakan ubat ini betul-betul seperti yang diarahkan. Jangan naikkan dos anda, atau ambilnya lebih kerap atau gunakannya untuk jangka masa yang lebih lama daripada yang ditetapkan kerana ubat ini boleh menjadi kebiasaan (tabiat). Selain itu, jika digunakan untuk tempoh masa yang panjang, jangan berhenti menggunakan dadah ini tanpa kelulusan doktor anda. Sesetengah keadaan pesakit menjadi lebih teruk apabila ubat itu dihentikan secara tiba-tiba. Dos anda mungkin perlu dikurangkan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan sampingan seperti sawan.

Apabila digunakan untuk tempoh yang panjang, ubat ini mungkin tidak berfungsi dan mungkin memerlukan dos yang berlainan. Sila berbincang dengan doktor anda jika ubat ini tidak lagi berfungsi dengan baik.

Bagaimana saya menyimpan Librium?

Librium® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Librium®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Librium® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Librium®  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Librium?

Sebelum mengambil Librium®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Librium® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Librium® boleh membentuk kebiasaan (tabiat). Salah guna ubat yang membentuk tabiat boleh menyebabkan ketagihan, pengambilan dos berlebihan, atau kematian. Menjual atau memberi ubat ini sesuka hati adalah menyalahi undang-undang.


Untuk memastikan Librium® selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai porphyria (gangguan enzim genetik yang menyebabkan gejala yang menjejaskan kulit atau sistem saraf).
  • Anda mengambil ubat penipis darah seperti warfarin (Coumadin, Jantoven).
  • Anda mengambil ubat narkotik (opioid).

Kesan sedatif dari Librium® mungkin bertahan lebih lama pada orang dewasa yang lebih tua. Terjatuh secara tidak sengaja adalah perkara yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit tua yang mengambil benzodiazepin. Gunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan atau terjatuh secara tidak sengaja semasa anda mengambil Librium®.

Jangan gunakan chlordiazepoxide jika anda mengandung. Ubat ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Bayi anda juga boleh menjadi ketagih kepada ubat ini. Hal ini boleh menyebabkan gejala ketagihan yang mengancam nyawa pada bayi selepas ia dilahirkan. Bayi baru lahir yang mengalami ketagihan kepada ubat yang membentuk tabiat mungkin memerlukan rawatan perubatan selama beberapa minggu. Beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Gunakan kawalan kelahiran yang berkesan untuk mencegah kehamilan semasa anda mengambil chlordiazepoxide.

Adalah tidak diketahui sama ada chlordiazepoxide masuk ke susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu badan. Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu bayi.

Chlordiazepoxide tidak diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur kurang daripada 6 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Librium semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori N dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alahan terhadap Librium: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Pening kepala yang teruk
  • Perubahan luar biasa dalam mood atau tingkah laku
  • Kekeliruan, keganasan, kemarahan
  • Rasa resah atau gembira yang mendadak, masalah tidur yang semakin teruk
  • Fikiran membunuh diri atau mencederakan diri sendiri
  • Keletihan mendadak atau rasa sakit, demam, menggigil, sakit tekak, luka mulut, gusi merah atau bengkak, masalah menelan
  • Kelemahan otot, kelopak mata jatuh, masalah menelan
  • Sakit perut di bahagian atas, kencing berwarna  gelap, jaundis (kuning kulit atau mata)

Kesan sampingan seperti mengantuk atau masalah keseimbangan mungkin lebih tinggi pada orang dewasa yang lebih tua.

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Mengantuk
  • Kekeliruan
  • Kehilangan keseimbangan atau koordinasi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Librium?

Librium mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Librium?

Librium mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Librium?

Librium akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Melegakan gangguan Kegelisahan ringan dan sederhana serta Gejala Kegelisahan:

5 mg atau 10 mg, 3 atau 4 kali sehari

Melegakan gangguan kegelisahan yang teruk dan Gejala Kegelisahan:

20 mg atau 25 mg, 3 atau 4 kali sehari

Pesakit Geriatrik, atau penyakit yang melemahkan:

5 mg, 2 hingga 4 kali sehari

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

5 mg, 2 hingga 4 kali sehari (dos mungkin meningkat untuk beberapa pesakit kanak-kanak hingga 10 mg, 2 hingga 3 kali sehari).

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Librium® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul, bersalut gelatin: chlordiazepoxide hydrochloride 5mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Librium® , sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita.Walau bagaimanapun...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Kualiti udara punca masalah pernafasan seperti asma. Untuk membantu menapis udara, anda boleh meletakkan pokok dalam rumah bagi mengembalikan kualitinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan tabiat buruk pada wajah

    Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    reaksi janin saat ibu menangis

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental orang kelainan upaya

    Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan