Graf Tumbesaran Kanak-Kanak

Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).

Fakta Disemak oleh
19/10/2022
health-tool-icon

Graf Tumbesaran Kanak-Kanak boleh digunakan untuk mengukur tinggi dan berat anak anda berpandukan tetapan oleh WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan. Alat kesihatan ini hanya bertujuan untuk memberikan maklumat kepada orang awam dan tidak mengambil kira pelbagai faktor lain seperti genetik atau penyakit. Oleh yang demikian, alat ini tidak boleh menggantikan pandangan, diagnosis atau rawatan doktor. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian yang sewajarnya daripada pakar kanak-kanak.

Apa itu graf tumbesaran kanak-kanak?

Graf ini membantu ibu bapa dan doktor dalam memantau tumbesaran si kecil. Tinggi, berat, ukur lilit kepala dan BMI anak boleh dibandingkan dengan purata bacaan yang telah direkodkan. Bacaan yang telah direkodkan diperoleh daripada kanak-kanak yang sama jantina dan usia. Perbandingan ini membantu penilaian tumbesaran si manja.

Bagaimanakah cara untuk membaca graf tumbesaran kanak-kanak?

Bacaan yang diperoleh boleh dibandingkan dengan bacaan purata (percentile) kanak-kanak lain. Bacaan purata (percentile) ini dilakar dalam bentuk garis melengkung. Apabila bacaan anak anda ditanda pada graf ini, titik tersebut akan berada pada garisan bacaan purata (percentile) atau di antara 2 garisan melengkung. Semakin tinggi kedudukan titik bacaan yang telah ditanda, semakin besar anak anda berbanding kanak-kanak lain. Semakin rendah kedudukan titik bacaan yang telah ditanda, semakin kecil anak anda berbanding kanak-kanak lain. Contoh: Bacaan di antara garisan 3rd & 15th percentile bermaksud 12% daripada populasi mempunyai bacaan yang sama (rendah).

Adakah penting untuk memantau tumbesaran anak anda?

Penting! Hal ini kerana dengan memantau tinggi, berat, ukur lilit kepala dan BMI si manja, doktor dan ibu bapa dapat memahami corak tumbesaran si kecil (perlahan, normal atau laju). Corak tumbesaran yang janggal boleh disebabkan oleh faktor seperti masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi.

Bacaan atau garis panduan bagi graf ini ditetapkan oleh siapa?

Garis panduan dan bacaan purata telah ditetapkan oleh WHO. Kajian oleh WHO yang dikenali sebagai Multicentre Growth Reference Study (MGRS) telah dijalankan bermula pada tahun 1997 sehingga 2003 bagi menghasilkan graf baharu untuk memantau tumbesaran kanak-kanak. Data daripada kajian ini diperoleh daripada 8500 kanak-kanak berbilang kaum. Graf tumbesaran baharu ini diharapkan dapat menyeragamkan proses pemantauan tumbesaran kanak-kanak.

advertisement iconIklan
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti