backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Suxamethonium/Succinylcholine

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa kegunaan Suxamethonium/Succinylcholine ?

Succinylcholine/suxamethonium adalah sejenis pengendur otot nyahkutub. Ia berfungsi dengan menjaga otot daripada terus mengecut, yang boleh mengakibatkan kelumpuhan otot pada muka, dan otot-otot yang digunakan untuk bernafas dan bergerak.

Succinylcholine/suxamethonium biasanya digunakan untuk melonggarkan otot semasa pembedahan atau ketika menggunakan mesin pernafasan (ventilator).

Ia juga digunakan apabila mencetuskan anestesia atau ketika suatu tiub perlu dimasukkan dalam saluran pernafasan. Ia juga boleh digunakan bagi keadaan lain sebagaimana ditetapkan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Suxamethonium/Succinylcholine?

Succinylcholine/suxamethonium akan diberikan dalam bentuk suntikan di pejabat doktor anda, hospital, mahupun klinik.

Jangan gunakan succinylcholine/suxamethonium jika ia mengandungi zarah butiran, menjadi keruh atau berubah warna, ataupun jika botolnya sudah retak atau pecah.

Simpan ubat ini berserta dengan jarum dan picagarinya jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan guna semula jarum, picagari mahupun bahan lain. Rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda tentang bagaimana untuk membuang bahan-bahan ini selpas guna. Patuhi semua peraturan setempat berkenaan dengan pembuangan bahan.

Bagaimana saya menyimpan Suxamethonium/Succinylcholine?

Succinylcholine/suxamethonium biasanya diuruskan dan disimpan oleh penyedia penjagaan kesihatan.

Jika anda menggunakan succinylcholine/suxamethonium di rumah, simpan ubatan ini sebagaimana yang dinasihati oleh ahli farmasi dan doktor anda. Pastikan succinylcholine/suxamethonium disimpan di luar capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Suxamethonium/Succinylcholine?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan ubatan, makanan atau bahan-bahan lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan dalam succinylcholine/suxamethonium.

Hipertermia malignan adalah sindrom yang barangkali membawa maut, yang boleh disebabkan oleh succinylcholine/suxamethonium. Antara simptomnya meliputi degupan jantung yang laju, nafas yang laju, suhu badan yang tinggi, kekejangan atau ketegangan otot rahang dan otot lain. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai mana-mana simptom yang berkaitan.

Maklumkan kepada doktor anda bahawa anda ada mengambil succinylcholine/suxamethonium sebelum anda menerima sebarang rawatan perubatan, pergigian, kecemasan ataupun pembedahan.

Succinylcholine/suxamethonium hanya patut digunakan pada kanak-kanak dalam situasi kecemasan sahaja. Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku pada kanak-kanak yang menerima succinylcholine/suxamethonium.

Adakah selamat untuk mengambil Suxamethonium/Succinylcholine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Succinylcholine/suxamethonium adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Suxamethonium/Succinylcholine?

Semua ubat berpotensi menghasilkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang tidak mempunyai atau hanya mengalami kesan sampingan yang kecil. Rujuk doktor anda jika kesan-kesan sampingan yang lazim ini ada pada anda, tidak hilang atau mengganggu kualiti hidup anda:

  • Pertambahan air liur
  • Sakit otot berikutan pembedahan
  • Sentakan otot

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti berikut:

  • Ruam
  • Bintat urtikaria pada kulit
  • Kegatalan
  • Kesukaran bernafas
  • Sesak dada
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir dan lidah
  • Sakit dada
  • Pengsan
  • Pernafasan laju
  • Degupan jantung laju, perlahan atau tidak sekata
  • Kemerah-merahan
  • Peningkatan suhu badan
  • Peningkatan tekanan pada mata
  • Pernafasan yang terhenti seketika
  • Debaran yang kuat di dada
  • Sakit otot yang teruk dengan atau tanpa pertambahan kencing
  • Pening atau sakit kepala yang teruk atau berterusan
  • Pernafasan yang perlahan atau cetek
  • Otot rahang atau otot lain mengecut

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Suxamethonium/Succinylcholine?

Succinylcholine/suxamethonium boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Digoxin kerana risiko rentak jantung yang tidak normal boleh meningkat.
  • Aminoglikosida (seperti gentamicin), aprotinin, penyekat beta-adrenergik (seperti propranolol), klorokuin, klindamisin, cyclophosphamide, glukokortikoid (seperti prednisone), lidocaine, litium, garam magnesium, metoclopramide, kontraseptif mulut (seperti pil pencegah hamil), oksitosin, procainamide, promazina, quinidine, kuinina (quinine), terbutaline, atau trimethaphan kerana mereka berpotensi meningkatkan risiko kesan sampingan bagi succinylcholine/suxamethonium.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Suxamethonium/Succinylcholine?

Succinylcholine/suxamethonium mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Suxamethonium/Succinylcholine?

Succinylcholine/suxamethonium boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mempunyai keadaan berikut:

  • Reaksi alahan yang teruk (ruam teruk, bintat urtikaria, kesukaran bernafas, pening kepala) kepada agen penyekat neuromuskular yang lain (seperti pancuronium).
  • Glaukoma
  • Masalah elektrolit dalam darah (seperti kadar kalium dan kalsium yang terlebih tinggi atau rendah)
  • Masalah hati atau buah pinggang.
  • Ketumbuhan/tumor
  • Jangkitan penyakit
  • Anemia
  • Masalah tiroid (miksedema)
  • Ulser perut atau usus
  • Masalah jantung nyahpampas
  • Kekurangan atau kelemahan aktiviti kolinesterase plasma
  • Keretakan tulang
  • Penyahhidratan
  • Pembedahan atau kecederaan mata yang baru berlaku
  • Sejarah jangkitan perut atau pendarahan otak
  • Luka terbakar yang teruk, trauma, kecederaan saraf ataupun kecederaan pergerakan bahagian atas badan.
  • Sejarah peribadi atau keluarga yang menghidap sebarang penyakit otot atau hipertermia malignan (keadaan yang mengancam nyawa melibatkan peningkatan suhu badan dengan tinggi)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Suxamethonium/Succinylcholine yang disyorkan untuk dewasa?

Dos pemuatan adalah:

  • 3-1.1 mg/kg IV x1 dos
  • 3-4 mg/kg IM x1 dos
  • Prosedur pendek: biasanya 0.6 mg/kg suntikan IV

    Kekalkan dos bagi prosedur yang dipanjangkan.

    • 0.04-0.07 mg/kg IV setiap 5-10 minit apabila perlu
    • 2.5 mg/min seduhan IV

    Apakah dos Suxamethonium/Succinylcholine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Dos pemuatan adalah:

    • 1-2 mg/kg IV x1 dos
    • 3-4 mg/kg IM (dalam) x1 dose (jika tiada IV yang mencukupi)

    Apakah bentuk penyediaan Suxamethonium/Succinylcholine

    Succinylcholine/suxamethonium boleh didapati dalam beberapa bentuk dan kekuatan seperti:

    • Larutan boleh disuntik 20mg/mL, 100mg/mL

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlupa mengambil dos succinylcholine/suxamethonium, hubungi doktor anda segera untuk maklumat lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan