Kenacort retard

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Kenacort retard?

Kenacort® Retard adalah sejenis kortikosteroid (ubat seperti kortison atau steroid), yang biasa digunakan untuk merawat keadaan perubatan berikut, seperti:

  • Keradangan (bengkak)
  • Reaksi alahan
  • Beberapa jenis artritis
  • Gout
  • Penyakit kulit
  • Masalah perubatan lain

Kenacort® Retard diberikan kepada pesakit yang tidak dapat mengambil ubat dengan mulut. Ia boleh ditetapkan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Kenacort retard?

Ubat ini hanya diberikan oleh atau di bawah pengawasan segera doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Kenacort retard?

Kenacort® Retard paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Kenacort® Retard di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Kenacort® Retard yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Kenacort® Retard ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Kenacort retard?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Kenacort® Retard atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Kenacort retard semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kenacort® Retard adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kenacort® Retard boleh menyebabkan kesan sampingan yang berikut, seperti:

  • Keagresifan
  • Pergolakan perasaan
  • Keresahan dan ketegangan
  • Penglihatan kabur
  • Mengurangkan jumlah air kencing
  • Pening kepala
  • Denyutan jantung yang cepat, lambat, berdebar-debar, atau tidak teratur
  • Sakit kepala
  • Kerengsaan
  • Kemurungan mental
  • Perubahan mood
  • Pernafasan yang bising dan bergetar
  • Kebas atau kesemutan dalam lengan atau kaki
  • Denyutan di telinga
  • Sesak nafas
  • Bengkak jari, tangan, betis, atau kaki
  • Masalah berfikir, bercakap, atau berjalan
  • Pernafasan bermasalah semasa rehat
  • Peningkatan berat badan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Kenacort retard?

Kenacort® Retard boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Sesetengah produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah:

  • Aldesleukin, mifepristone, ubat kencing manis, estrogen (contohnya pil perancang kehamilan)
  • Ubat yang boleh menyebabkan pendarahan / lebam (termasuk ubat antiplatelet seperti clopidogrel, “pencair darah” seperti dabigatran / warfarin, dan NSAID seperti aspirin / celecoxib / ibuprofen)
  • Ubat yang menjejaskan enzim hati yang menyingkirkan triamcinolone dari badan anda (rifamycin seperti rifampin, ubat-ubatan anti-sawan tertentu seperti phenytoin dan phenobarbital)
  • Vaksin hidup
  • Produk herba tertentu (contohnya likuoris)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Kenacort retard?

Kenacort® Retard mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Kenacort retard?

Kenacort® Retard boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Antara keadaan kesihatan ini adalah:

  • Masalah tulang (contohnya osteoporosis)
  • Katarak
  • Sirosis (masalah hati)
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Kemurungan
  • Masalah emosi
  • Glaukoma
  • Serangan jantung
  • Penyakit jantung
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Tekanan darah intrakranial yang tinggi (peningkatan tekanan di kepala)
  • Kaposi’s Sarcoma
  • Penyakit buah pinggang
  • Sakit mental
  • Myasthenia gravis (kelemahan otot yang teruk)
  • Masalah perut atau usus (contohnya, divertikulitis, ulser perut, kolitis berulser)
  • Masalah tiroid
  • Kecederaan otak traumatik
  • Malaria serebral
  • Jangkitan herpes pada mata
  • Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP – kiraan platelet rendah)
  • Jangkitan (bakteria, virus, kulat, parasit, atau protozoa)
  • Jangkitan Tuberkulosis, tidak aktif

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sistemik

Dos permulaan yang dicadangkan ialah 60 mg, disuntik dengan mendalam ke dalam otot gluteus. Atropi lemak subkutan boleh berlaku jika suntikan tidak diberikan dengan betul. Dos biasanya diselaraskan dalam lingkungan 40 mg hingga 80 mg, bergantung kepada tindak balas pesakit dan tempoh kelegaan. Walau bagaimanapun, keadaan sesetengah pesakit boleh terkawal dengan baik pada dos serendah 20 mg atau kurang lagi.

Demam alergi / asma alahan debunga: Pesakit dengan demam alergi atau asma alahan debunga yang tidak bertindak balas terhadap pengurusan debunga dan terapi konvensional yang lain boleh mengalami pengulangan gejala yang berlangsung sepanjang musim bunga setelah satu suntikan sebanyak antara 40 mg hingga 100 mg.

Dalam rawatan serangan akut sklerosis berbilang: dos harian 160 mg triamcinolone selama seminggu diikuti oleh 64 mg setiap hari lain selama satu bulan adalah disyorkan.

Setempat

Pemberian intra-artikular: Suntikan setempat Kenacort® Retard selalunya memadai, namun beberapa suntikan mungkin diperlukan untuk kelegaan simptom yang mencukupi.

Dos permulaan: dari 2.5 mg hingga 5 mg untuk sendi yang lebih kecil dan dari 5 mg hingga 15 mg untuk sendi yang lebih besar, bergantung kepada entiti penyakit tertentu yang dirawat. Bagi orang dewasa, dos sehingga 10 mg diberi untuk kawasan yang lebih kecil dan sehingga 40 mg untuk kawasan yang lebih besar biasanya adalah memadai. Suntikan tunggal ke beberapa sendi, sehingga sejumlah 80 mg, pernah diberikan tanpa masalah.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Sistemik

Dos awal mungkin berbeza bergantung kepada entiti penyakit tertentu yang dirawat. Julat dos awal adalah 0.11 hingga 1.6 mg / kg / hari dalam 3 atau 4 dos yang dibahagikan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Kenacort® Retard boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Ubat campuran boleh suntik 40 mg/1 ml
  • Ubat campuran boleh suntik 80 mg/2 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Kenacort® Retard, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 12/02/2020 . 4 minit bacaan

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Psoriasis bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. Ikuti artikel ini untuk memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit psoriasis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    mata bengkak

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    buah untuk bayi

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan