backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Almitrine + Raubasine

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Almitrine + Raubasine?

Almitrine + Raubasine biasanya digunakan bagi:

  • Rawatan simptom penurunan kognitif berpunca iskemik bagi pesakit usia lanjut.
  • Rawatan simptom penurunan neuroderia berpunca iskemik bagi pesakit lanjut usia, termasuklah kekurangan visual dan pendengaran.
  • Rawatan tinitus, vertigo dan gangguan imbangan berpunca iskemik bagi pesakit lanjut usia.
  • Ubatan ini tergolong dalam kumpulan (diphenylmethyl).

    Bagaimanakah kegunaan Almitrine + Raubasine?

    Almitrine + Raubasine diambil melalui mulut.

    Bagaimana saya menyimpan Almitrine + Raubasine?

    Almitrine + Raubasinepaling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Almitrine + Raubasine di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Almitrine + Raubasine yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan. 

    Anda tidak boleh membuang Almitrine + Raubasine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

    Langkah berjaga-jaga & amaran

    Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Almitrine + Raubasine?

    Sebelum mengambil Almitrine + Raubasine, sila beritahu doktor anda:

    • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
    • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
    • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Almitrine + Raubasine atau ubatan lain.
    • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
    • Anda menggunakan MAOIs.

    Rawatan jangka panjang mungkin mengakibatkan kebas, rasa mencucuk-cucuk atau kesan formikasi bagi anggota bawah yang boleh, bagi kes nadir, mengakibatkan kesan sarak rawatan (treatment withdrawal).

    Adakah selamat untuk mengambil Almitrine + Raubasine ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan Almitrine + Raubasine?

    Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

    • Gangguan GI biasa
    • Gangguan tidur
    • Palpitasi
    • Anzieti
    • Pening
    • Neuropati periferi bersama sensasi luar biasa pada anggota bawah

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindakbalas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Almitrine + Raubasine?

    Almitrine + Raubasine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Almitrine + Raubasine?

    Almitrine + Raubasine mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Almitrine + Raubasine?

    Almitrine + Raubasine akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos Almitrine + Raubasine yang sesuai untuk seorang dewasa?

    Oral – Gangguan pendengaran, vestibular dan visual berpunca iskemik. Kekurangan Serebrovaskular, rehabilitasi kefungsian selepas kemalangan serebrovaskular.

    Dewasa: Setiap tablet mengandungi almitirne 30 mg dan raubasine 10 mg. Dos disarankan: 1 tablet bid.

    Apakah dos Almitrine + Raubasine yang sesuai untuk kanak-kanak?

    Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

    Ketersedian Almitrine + Raubasine

    Almitrine + Raubasine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    • Tablet

    Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Gejala terlebih dos termasuklah takikardia, hipotensi arterial, polypnea dan alkalosis pernafasan. Rawatan termasuk pencucian gaster dan tindakan sokongan simptomatik. Pemerhatian kardiopulmonari diikuti pemerhatian berulang untuk gas darah adalah disarankan.

    Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Almitrine + Raubasine, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Hello Health Group does not provide medical advice, diagnosis or treatment.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan