Zinc Oxide

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa kegunaan Zinc Oxide ?

Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah ruam lampin dan kerengsaan ringan kulit (contohnya, terbakar, luka). Ia berfungsi dengan membentuk lapisan halangan pada kulit untuk melindunginya daripada iritasi / kelembapan.

Bagaimanakah kegunaan Zinc Oxide?

Gunakan ubat ini pada kulit sahaja. Ikut semua arahan pada bungkusan produk atau gunakannya seperti yang diarahkan doktor anda. Jika anda tidak pasti tentang sebarang maklumat, rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Elakkan ubat ini tersentuh mata. Jika berlaku, basuh dengan air yang banyak.

Jika anda menggunakan semburan, goncang bekas dengan baik setiap kali sebelum digunakan.

Ubat ini akan mula berkesan dalam tempoh 12 jam. Maklumkan doktor anda jika keadaan anda lebih teruk, tidak bertambah baik, berterusan selama lebih daripada 7 hari, atau berlaku semula selepas beberapa hari.

Bagaimana saya menyimpan Zinc Oxide?

Zink oksida lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan zink oksida dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama zink oksida berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam zink oksida ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zinc Oxide?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilannyai dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau mana-mana ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Geriatrik

Tidak ada maklumat yang boleh didapati atas kaitan umur dan kesan krim zink oksida pada pesakit geriatrik.

Adakah selamat untuk mengambil Zinc Oxide semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Zinc Oxide?

Jika doktor anda telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, doktor telah pun mendapati bahawa manfaat pengambilannya lebih besar daripada risiko kesan sampingan. Ramai orang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Maklumkan doktor anda dengan segera jika kesan sampingan seperti kerengsaan kulit berlaku.

Reaksi alahan yang sangat serius untuk ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami sebarang simptom reaksi alahan yang serius, termasuklah: ruam, gatal-gatal / bengkak (terutamanya muka / lidah / tekak), pening yang teruk, masalah bernafas.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan sampingan yang mungkin. Jika anda menyedari kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi.

Bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zinc Oxide?

Zink oksida mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zinc Oxide?

Zink oksida mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zinc Oxide?

Zink oksida mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Jangkitan kulit pada atau hampir dengan tempat disapukan ubat
  • Ulser besar, kulit pecah, atau kecederaan kulit yang teruk di tempat sapuan. Ubat ini tidak boleh digunakan pada pesakit dengan keadaan ini tanpa nasihat doktor anda

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Zinc Oxide yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk luka kulit

Salap zink oksida topikal 30%;

Sapukan ke bahagian terjejas seperti yang diperlukan.

Dos Dewasa yang biasa untuk ruam lampin

Krim zink oksida topikal 10%;

Salap zink oksida topikal 10%;

Krim zink oksida topikal 13%;

Salap zink oksida topikal 13%;

Batang zink oksida topikal 11.3%:

Salap zink oksida topikal 30%;

Bersihkan kawasan lampin dan biarkan kering. Sapukan krim tiap kali menukar lampin.

Apakah dos Zinc Oxide yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos pediatrik biasa untuk luka kulit:

Salap zink oksida topikal 30%;

Sapukan ke kawasan terjejas seperti yang diperlukan.

Dos pediatrik biasa untuk ruam lampin

Krim zink oksida topikal 10%;

Salap zink oksida topikal 10%;

Krim zink oksida topikal 13%:

Salap zink oksida topikal 13%;

Batang zink oksida topikal 11.3%;

Salap zink oksida topikal 30%;

Bersihkan kawasan lampin dan biarkan kering. Sapukan krim tiap kali menukar lampin.

Apakah bentuk penyediaan Zinc Oxide

Zink oksida boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Krim
  • Salap
  • Tampalan
  • Losyen
  • Serbuk
  • Semburan
  • Balutan
  • Gel

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos zink oksida, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

    Kanak-kanak gemar bermain di luar rumah dan itu mendedahkan mereka kepada selaran matahari. Jadi apakah cara penjagaan kulit terbaik untuk anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

    Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Awas! Jika Kulit Berubah Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    hilangkan ketuat

    Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan