backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alclometasone

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Alclometasone?

Alclometasone biasanya digunakan untuk merawat kerengsaan kulit. Ia digunakan untuk merawat ruam kulit.

Bagaimanakah kegunaan Alclometasone?

Gunakan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Ikuti semua arahan dengan teliti.

Gunakan seperti yang telah dimaklumkan, walaupun tanda-tanda anda bertambah baik.

Jangan ambil alclometasone secara oral. Gunakan pada kulit anda sahaja. Jauhkan dari mulut, hidung, dan mata anda (boleh menyebabkan rasa terbakar).

Basuh tangan sebelum dan selepas digunakan. Jangan basuh tangan anda selepas digunakan jika meletakkannya di tangan anda.

Jangan letakkan di muka, ketiak, atau kawasan pangkal paha kecuali jika diberitahu oleh doktor.

Bersihkan bahagian yang terkena sebelum digunakan. Pastikan dikeringkan dengan baik.

Letakkan lapisan nipis pada kulit yang terjejas dan gosokkan perlahan-lahan.

Jangan gunakan penutup (pembebat pembalut, solekan) kecuali diberitahu untuk berbuat demikian oleh doktor.

Bagaimana saya menyimpan Alclometasone?

Alclometasone paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alclometasone di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alclometasone yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alclometasone ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Alclometasone?

Sebelum mengambil alclometasone, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alclometasone atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda alah kepada mana-mana ubat seperti ini, ubat-ubatan lain, makanan, atau bahan-bahan lain. Beritahu doktor tentang alergi dan tanda apa yang anda ada, seperti ruam; geligata; gatal; sesak nafas; berdehit; batuk; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak; atau tanda-tanda lain.

Beritahu semua penyedia penjagaan kesihatan anda yang anda ambil alclometasone. Ini termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Jangan gunakan untuk merawat ruam lampin.

Jangan gunakan lampin yang ketat atau seluar plastik jika rawatan di bahagian lampin. Ini boleh menyebabkan lebih banyak ubat masuk ke dalam badan.

Bercakap dengan doktor anda sebelum anda menggunakan ubat atau produk lain pada kulit anda.

Jangan gunakan pada luka, luka melecet, atau kulit yang rosak.

Gunakan dengan berhati-hati apabila menggunakan ubat pada sebahagian besar kulit atau di mana terdapat luka terbuka. Rujuk doktor.

Jangan gunakan lebih lama daripada yang telah diarahkan oleh doktor.

Gunakan dengan berhati-hati pada kanak-kanak. Rujuk dengan doktor.

Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 1 tahun.

Ubat ini boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak dan remaja dalam beberapa kes. Mereka mungkin memerlukan pemeriksaan pertumbuhan secara kerap. Rujuk dengan doktor.

Adakah selamat untuk mengambil Alclometasone semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil alclometasone. Alclometasone ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan C menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko;

B=Tiada risiko dalam beberapa kajian

C=Mungkin ada risiko

D=Bukti risiko yang positif

X=Dikontrapenunjukan

N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Alclometasone?

Beritahu doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

  • Tanda-tanda reaksi alahan, seperti ruam; geligata; gatal; merah, bengkak, lepuh, atau mengelupas kulit dengan atau tanpa demam; berdehit; sesak di dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; kegarauan yang luar biasa; atau bengkak mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak
  • Tanda-tanda gula dalam darah tinggi seperti kekeliruan, rasa mengantuk, dahaga lebih, lebih lapar, buang air kencing lebih kerap, kemerahan, bernafas dengan laju, atau nafas yang berbau seperti buah
  • Warna kulit bertukar
  • Perubahan kulit (jerawat, tanda regangan (seperti stria kehamilan), penyembuhan yang perlahan, pertumbuhan rambut)
  • Kerengsaan kulit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Alclometasone?

Alclometasone boleh bertindakbalas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindakbalas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Alclometasone?

Alclometasone boleh bertindakbalas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindakbalas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Alclometasone?

Alclometasone mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Alclometasone yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa Biasa untuk Dermatitis

Menyapu lapisan tipis ke kawasan yang terjejas dua atau tiga kali sehari.

Dos Dewasa Biasa untuk Ekzema

Menyapu lapisan tipis ke kawasan yang terjejas dua atau tiga kali sehari.

Apakah dos Alclometasone yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Dermatitis

1 tahun ke atas: Menyapu lapisan tipis ke kawasan yang terjejas dua atau tiga kali sehari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Ekzema

1 tahun ke atas: Menyapu lapisan tipis  ke kawasan yang terjejas dua atau tiga kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan Alclometasone?

Alclometasone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Salap

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Alclometasone, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan