Kegunaan Mucosulvan
Apakah kegunaan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?
Mucosulvan lazimnya digunakan untuk penyakit trakeobronkitis, emfisema bersama bronkitis pneuconiosis, penyakit kronik radang paru-paru, bronchiectasis, bronkitis bersama bronkospasm asma.
Bagaimanakah saya harus mengambil Mucosulvan® (ambroxol HCL)?
Ambil ia melalui mulut. Ambillah ia seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau seperti yang maklumat yang tertera di luar kotak produk. Dos adalah berdasarkan penyakit anda. Sila maklumkan doktor anda jika keadaan anda tidak berkurang atau menjadi lebih teruk.
Bagaimanakah kaedah penyimpanan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen