Penggunaan acetaminophen dalam dos cadangan dalam tempoh yang panjang tidak berbahaya kepada hati.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada keracunan acetaminophen?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Keracunan Acetaminophen didiagnosis?
- Paras Acetaminophen dalam darah.
- Ujian fungsi hati tidak normal
Doktor mungkin diagnos keracunan acetaminophen kepada individu yang cuba membunuh diri, kanak-kanak yang diberi ubat batuk dan selsema mengandungi acetaminophen dan individu yang tertelan acetaminophen secara tidak sengaja.
Doktor juga boleh menjangka ketoksikan acetaminophen dengan mengetahui jumlah yang diambil atau lebih tepat paras acetamiophen dalam darah individu tersebut. Paras darah, di antara 4 dan 24 jam selepas menelan ubat, boleh membantu menjangka kerosakan hati yang akan berlaku.
Bagaimana pesakit Keracunan Acetaminophen dirawat?
- Arang batu dan/atau acetylcysteine
- Kadang kala, rawatan untuk kegagalan fungsi hati atau transplan.
Jika acetaminophen diambil dalam beberapa jam lepas, arang aktif akan diberi kepada pesakit.
Jika paras acetaminophen dalam darah tinggi, acetylcysteine secara amnya diberi secara oral atau melalui saluran darah untuk mengurangkan ketoksikan acetaminophen. Acetylcysteine diberi berulang kali, untuk sehari atau beberapa hari. Antidot ini membantu mencegah kecederaan hati tetapi tidak dapat memperbaiki hati yang telah tercedera. Oleh itu, acetylcysteine perlu diberi sebelum berlakunya kecederaan pada hati. Rawatan untuk kegagalan fungsi hati atau transplan hati juga mungkin diperlukan.
Jika keracunan akibat pengambilan dos kecil berulang kali pada satu-satu masa, menjangka cara hati menjadi rosak adalah sukar. Acetylcysteine diberikan jika ujian menunjukkan kerosakan hati mungkin berlaku dan jika hati telah rosak sebelum ini.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keracunan Acetaminophen?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani keracunan acetaminophen:
- Pastikan bekas acetaminophen ditutup rapi dan anda menggunakan botol yang selamat untuk kanak-kanak. Simpan semua ubat-ubatan daripada capaian anak-anak dan ditutup rapi.
- Ketahui dos selamat dan jumlah acetaminophen sebelum menggunakannya. Jika diambil pada dos yang dicadangkan, tiada risiko keracunan akan berlaku. Untuk mengelak daripada berlaku pengambilan berlebihan secara tidak sengaja, jenama acetaminophen Extra-Strength Tylenol telah mengurangkan dos maksimum daripada 8 pil (4,000 milligrams) kepada 6 pil (3,000 milligrams) sehari. FDA juga telah meminta syarikat yang menghasilkan ubat untuk menghadkan jumlah acetaminophen dalam preskripsi ubat kepada 325 milligram setiap dos.
- Jangan mencampurkan ubat berbeza jika kedua-dua ubat mengandungi acetaminophen, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Sebagai contoh, acetaminophen dengan codeine dan ubat selsema mengandungi acetaminophen tidak sepatutnya diambil serentak dalam satu-satu masa. Baca label produk. Label tersebut menjelaskan kandungan ubat secara jelas.
- Jika anda atau ahli keluarga berasa murung dan ingin membunuh diri, buang semua ubat dan bahan berbahaya daripada rumah dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
- Jika anda tidak pasti tentang bagaimana dan bila untuk mengambil ubat tahan sakit, tanya doktor anda. Tulis plan ini dan patuhinya.
- Apabila anda diberi ubat baru, pastikan doktor anda mengetahui kesemua ubat dan supplemen yang anda sedang ambil, ubat yang dipreskrip dan tidak dipreskrip. Cara paling mudah ialah memberikan senarai ubat-ubatan dan supplemen yang anda ambil semasa berjumpa dengan doktor.
- Jangan makan acetaminophen jika anda mengambil minuman beralkohol.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen