Kegunaan
Apa itu Chlorothiazide?
Chlorothiazide ialah diuretik thiazide. Ia membantu buah pinggang membuang cectair daripada badan anda.
Ia biasa digunakan untuk merawat cecair berlebihan di dalam badan dan disebabkan oleh sesetengah keadaan atau ubat-ubatan. Ia juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau keadaan lain yang ditentukan oleh doktor anda.
Bagaimanakah kegunaan Chlorothiazide?
Chlorothiazide biasanya diambil secara suntikan di pejabat doktor, hospital atau klinik. Jiak anda mengambil ubat ini di rumah, lakukan prosedur suntikan dengan berhati-hati seperti yang diajar oleh penjaga kesihatan anda.
Jangan gunakan ubat tersebut jika chlorothiazide mengandungi partikel atau berubah warna, atau botol retak atau rosak.
Pada permulaan pengambilan ubat ini, anda mungkin kerap kencing atau bertambah jumlah air kencing. Untuk menghalang daripada ia menjejaskan tidur anda, elakkan mengambil ubat ini selepas jam 6 petang.
Teruskan pengambilan chlorothiazide walaupun anda berasa sudah sihat. Jangan terlepas dos.
Simpan produk ini, bersama syringe dan jarumnya, jauh daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan gunakan semula jarum, syringe dan bahan lain. Buang dengan baik selepas digunakan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan untuk membuang produk dengan baik.
Bagaimana saya menyimpan Chlorothiazide?
Chlorothiazide biasanya diuruskan dan disimpan oleh penjaga kesihatan. Jika anda gunakan ubat ini dirumah, simpan ia seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau penjaga kesihatan anda. Simpan chlorothiazide daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Chlorothiazide?
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :
- Anda mengalami alahan kepada sebarang bahan di dalam chlorothiazide atau ubat sulfonamide lain (seperti sulfamethoxazole, glyburide, acetazolamide).
- Anda tidak boleh membuang air kecil.
- Anda sedang mengambil dofetilide atau ketanserin.
- Anda sedang hamil, merancang untuk hamil atau sedang menyusukan bayi.
- Anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau tidak dipreskrip, herba atau supplemen harian.
- Anda mengalami alahan kepada ubat, makanan atau bahan-bahan lain. .
Chlorothiazide mungkin menyebabkan pening atau pengsan. Alkohol, cuaca panas, bersenam dan demam boleh meningkatkan kesan-kesan ini. Untuk menghalang perkara ini berlaku, duduk dan berdiri dengan perlahan, terutamanya ketika waktu pagi. Duduk atau baring semasa tanda awal pening atau berasa lemah. Jangan memandu, mengendalikan mesin atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan bahaya sehingga anda tahu bagaimana untuk betindakbalas pada chlorothiazide. Pengambilan chlorothiazidesahaja, dengan ubat lain, atau bersama alkohol mungkin mengurangkan kebolehan anda untuk memandu atau melakukan aktiviti yang boleh mengundang bahaya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen