Ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imun (Immuno-suppressants) bertindak balas dengan Umcka®.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?
Umcka® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?
Umcka® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Terutamanya jika anda mengalami masalah pendarahan. Bahan kimia dalam Umcka®, yang dipanggil kumarin, mungkin memperlahankan pembekuan darah dan meningkatkan pendarahan. Secara teori, Umcka® mungkin membuat gangguan pendarahan menjadi lebih teruk.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: ambil 1 sudu teh (5 mL) 4 hingga 5 kali sehari.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak 6 hingga 11 tahun: ambil 1 sudu teh (5 mL) 2 hingga 4 kali sehari.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun: berunding dengan doktor.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Umcka® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos:
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Umcka®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen