Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?
Terramycin mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?
Terramycin mungkin mempunyai tindak balas terhadap makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?
Terramycin mungkin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Terramycin® (oxytetracycline).
Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?
Orang dewasa: Dos harian biasa, 1-2 g dibahagikan kepada 4 dos yang sama, bergantung kepada tahap jangkitan.
Rawatan harus diberhentikan sekurang-kurangnya 24-48 jam selepas simptom dan demam berkurangan.
Untuk rawatan brucellosis, 500 mg oxytetracyclie empat kali sehari untuk 3 minggu dan harus disertakan dengan streptomycin, 1gm intramuscular dua kali sehari minggu pertama, dan sekali sehari untuk minggu kedua.
Untuk rawatan biasa gonorrhea, apabila penicillin tidak boleh digunakan, tetracycline mungkin digunakan untuk rawatan kepada kedua-dua lelaki dan wanita mengikut dos berjadual yang berikut: 1.5 gm permulaan diikuti 0.5 gm q.i.d untuk dos keseluruhan 9.0 gm.
Untuk rawatan syphillis, kesemua 30-40 gm dibahagikan sama rata kepada jangka masa 10-15 hari harus diberikan. Pemantauan yang rapi, termasuklah ujian makmal adalah disyorkan.
Pengurusan jumlah cecair yang mencukupi bersama-sama ubat berbentuk kapsul dan tablet dalam kelas tetracycline adalah dinasihatkan bagi menyingkirkan ubat daripada badan dan mengurangkan risiko esophageal irritation dan ulceration.
Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?
Untuk kanak-kanak atas lapan tahun: dos harian biasa, 10-20 mg per pound (20-50 mg/kg) daripada berat badan dibahagikan kepada empat dos yang sama rata.
Bagaimanakah Terramycin® (oxytetracycline) disediakan?
Terramycin tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:
Kapsul 300 mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen