Berhentilah dari menggunakan Nicorette® dan hubungi doktor anda jika anda mengalami:
- Jantung laju dan berdebar-debar, berdenyut-denyut pada dada anda
- Bonjolan berair di dalam mulut anda
- Masalah pada gigi dan geraham anda
- Selesema, rasa sesak dada dan masalah bernafas
Kesan sampingan yang biasa termasuklah:
- Rasa pening sederhana
- Kering mulut, perut memulas, sendawa dan tersedu
- Pedih mulut dan tekak
- Perubahan rasa
- Sakit kepala
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang lain yang tidak tersenarai dalam senarai di atas. Jika anda mempunyai apa-apa kerisauan tentang kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?
Nicorette® mungkin bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas antara ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan tunjukkan kepada dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?
Nicorette® boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara bertindak ubat atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebarang potensi makanan atau interaksi alkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?
Nicorette® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua keadaan kesihatan yang anda alami sekarang.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos Nicorette® (nicotine) yang sesuai untuk orang dewasa?
Berhenti merokok serta-merta apabila anda mula menggunakan ubat ini.
Jika anda merokok melebihi 25 batang rokok sehari, ambil gula-gula getah 4 mg nicotine.
Jika anda merokok kurang dari 25 rokok sehari, ikutilah jadual pengambilan selama 12 minggu.
- Minggu pertama hingga ke-6; sebiji setiap 1 hingga 2 jam
- Minggu ke-7 hingga ke-9; sebiji setiap 2 hingga 4 jam
- Minggu ke-10 hingga ke-12; sebiji setiap 4 hingga 8 jam
Gula-gula getah nikotin ini adalah sejenis ubat yang mesti digunakan dengan cara tertentu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kunyah gula-gula getah ini secara perlahan-lahan sehingga ia rasa tajam. Kemudian letakkan ia dicelah antara gusi dan pipi. Apabila rasa tajam itu hilang, mulakan mengunyah semula sehingga rasa tajam itu kembali.
Ulangi langkah ini hingga rasa tajam itu sepenuhnya hilang (dalam lebih kurang 30 minit).
Jangan makan atau minum dalam masa 15 minit sebelum mengambil ubat ini, atau sewaktu mengunyah ubat ini.
Untuk meningkatkan peluang anda untuk berhenti merokok, guna sekurang-kurangnya 9 biji setiap hari bagi 6 minggu pertama.
Jika anda mengalami ketagihan yang kuat dan kerap, anda boleh menggunakan biji kedua dalam masa sejam. Walau bagaimanapun, jangan mengambilnya secara berterusan kerana ia akan mengakibatkan tersedu, pedih ulu hati, loya dan kesan sampingan yang lain.
Jangan gunakan lebih dari 24 biji sehari.
Penting bagi anda untuk melengkapkan rawatan anda. Hentikan menggunakan gula-gula getah nikotin ini pada hunjung minggu ke-12. Jika anda merasakan anda masih lagi memerlukannya, beritahulah doktor anda.
Apakah dos Nicorette® (nicotine) yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos tidak dikeluarkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Ketersediaan Nicorette® (nicotine)
Nicorette® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:
- Gula-gula getah, gula-gula berangin sejuk: nicotine 2 mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nicorette®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen