brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Postinor®

Ketahui Asasnya

Apakah kegunaan Postinor®?

Postinor® ialah kontraseptif oral untuk wanita yang telah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Ubat ini berfungsi dengan menghalang telur daripada melekat pada endometrium, merangsang pergerakan tiub fallopio dan meningkatkan kelikatan lapisan rahim.

Bagaimanakah saya harus mengambil Postinor®?

Bagi bentuk yang diambil secara oral, anda hendaklah:

  • Mengambil Postinor® secara oral mengikut arahan doktor anda berkenaan dos dan jadual pengambilan. Ambil Levonorgestrel secepat mungkin selepas disyaki berlaku kegagalan kaedah pencegahan kehamilan atau selepas melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Dos pertama mesti diambil dalam tempoh 72 jam. Ambil tablet kedua 12 jam selepas tablet pertama.
  • Membaca label dengan teliti sebelum menggunakan Postinor®.
  • Merujuk kepada doktor anda tentang sebarang maklumat pada label yang tidak anda fahami dengan jelas.

Bagaimanakah saya harus menyimpan Postinor®?

Postinor® sebaiknya disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat daripada rosak, anda tidak seharusnya menyimpan Postinor® di dalam bilik mandi atau peti sejuk beku. Mungkin terdapat jenama Postinor® yang berbeza dengan keperluan penyimpanan yang berlainan. Anda perlu sentiasa menyemak pembungkusan produk untuk mendapatkan arahan penyimpanan, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Demi keselamatan, simpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak seharusnya membuang Postinor® ke dalam tandas atau longkang melainkan diarahkan berbuat demikian. Produk ini perlu dilupuskan dengan betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melupuskan produk ini dengan selamat.

Ketahui Langkah Berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Postinor®?

Sebelum menggunakan Postinor®, maklumkan kepada doktor anda jika anda mempunyai:

  • Reaksi alahan terhadap Postinor® atau eksipien dalam bentuk dos yang mengandungi Postinor®. Maklumat terperinci terdapat dalam risalah ubat.
  • Reaksi alahan terhadap ubat lain, makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.
  • Pesakit pediatrik (kanak-kanak).
  • Pesakit geriatrik (warga emas).
  • Sebarang keadaan kesihatan lain, atau sedang menggunakan ubat yang berisiko berinteraksi dengan Postinor®.

Adakah ubat ini selamat semasa hamil atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi terhadap wanita untuk menentukan risiko penggunaan Postinor® semasa hamil atau menyusukan bayi. Sila sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk menimbang potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Postinor®. Postinor® tergolong dalam kategori risiko kehamilan X menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti yang berikut:

  • A = Tiada risiko;
  • B = Tiada risiko dalam sesetengah kajian;
  • C = Mungkin terdapat sedikit risiko;
  • D = Terdapat bukti positif tentang risiko;
  • X = Kontraindikasi;
  • N = Tidak diketahui.

Ketahui Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat Postinor®?

Seperti ubat-ubatan lain, pengambilan Postinor® boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kebanyakannya jarang berlaku dan tidak memerlukan rawatan tambahan. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa merujuk kepada doktor jika menghadapi sebarang masalah selepas mengambil ubat ini.

Antara kesan sampingannya termasuklah loya, pendarahan yang berlaku 2 hingga 3 hari selepas pengambilan dos dan kemudiannya berhenti dengan segera, ketegangan payudara serta sakit kepala.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesan sampingan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Ketahui Interaksi

Apakah ubat yang mungkin berinteraksi dengan Postinor®?

Postinor® mungkin berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, dan ini boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi interaksi ubat, anda hendaklah menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi dan produk herba) dan berkongsi senarai tersebut dengan doktor serta ahli farmasi anda. Demi keselamatan anda, jangan mula, berhenti atau mengubah dos mana-mana ubat tanpa kelulusan doktor, contohnya Ampicillin®, Rifampicin®, Tetracycline®, Chloramphenicol®, Neomycin®, Sulphonamides®, barbiturat dan fenilbutazon.

Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Postinor®?

Postinor® mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat ini berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila bincangkan dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang sebarang potensi interaksi dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan Postinor®?

Postinor® mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Anda perlu sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi tentang semua keadaan kesihatan yang sedang anda alami, seperti:

  • Hamil atau disyaki hamil;
  • Pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya;
  • Penyakit hati dan buah pinggang;
  • Penyakit kuning semasa hamil;
  • Sejarah kanser payudara, ovari dan rahim;
  • Sejarah asma, kegagalan jantung, hipertensi, migrain, epilepsi, kegagalan buah pinggang, diabetes, hiperlipidemia, kemurungan, tromboflebitis, gangguan tromboembolisme berpanjangan dan pendarahan di dalam otak.

Fahami Dos

Maklumat yang diberikan bukanlah pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. Anda hendaklah SENTIASA berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Postinor®.

Berapakah dos Postinor® untuk orang dewasa?

Rujuk doktor anda untuk mendapatkan maklumat tentang dos Postinor® hidroklorida. Dos yang disyorkan dalam sesetengah kes disenaraikan di bawah:

  • Satu tablet dalam tempoh 1 jam selepas hubungan seksual. Lazimnya, ubat ini tidak digunakan melebihi 1–2 tablet sebulan. Jika anda memerlukan lebih daripada itu, gunakan kaedah kontraseptif yang lain.

Berapakah dos Postinor® untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditetapkan. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Anda perlu memahami sepenuhnya aspek keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam bentuk apakah Postinor® didapati?

Postinor® didapati dalam bentuk dos dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet 0.75 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau terlebih dos?

Sekiranya berlaku kecemasan atau terlebih dos, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan (115) atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil dos?

Jika anda terlupa mengambil dos Postinor®, ambil dos tersebut secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir tiba masa untuk dos seterusnya, langkau dos yang tertinggal dan ambil dos seterusnya seperti biasa mengikut jadual. Jangan ambil dos berganda.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 3 hari lalu