Kegunaan
Apa itu Dramamine?
Dramamine® biasanya digunakan untuk merawat atau mengelakkan rasa mual, muntah, dan pening kepala yang berkaitan dengan mabuk gerak (motion sickness).
Dimenhydrinate juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Bagaimanakah kegunaan Dramamine?
Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Untuk hasil terbaik, ambil dimenhydrinate 30 hingga 60 minit sebelum perjalanan atau sebelum sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan mabuk gerak.
Anda boleh mengambil dimenhydrinate dengan atau tanpa makanan.
Tablet yang dikunyah mestilah dikunyah sebelum anda menelannya.
Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah terlebih dahulu jika anda ada mengambil dimenhydrinate dalam beberapa hari yang lalu.
Bagaimana saya menyimpan Dramamine?
Dramamine® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dramamine® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dramamine® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Dramamine® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen