Extra Deep Heat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Extra Deep Heat® (Methyl Salicylate)?

Extra Deep Heat® biasanya digunakan untuk kelegaan sementara sakit-sakit ringan dan sakit yang disebabkan oleh artritis, sakit belakang, kejang, terseliuh, dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Gunakan seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Pastikan kulit anda bersih dan kering sebelum anda menggunakan Methyl Salicylate  topikal.

Jangan gunakan Methyl Salicylate untuk luka terbuka, atau kulit yang terbakar disebabkan matahari atau angin panas, kulit kering, pecah, atau mengalami rengsangan.

Apabila menggunakan Extra Deep Heat®, sapukan lapisan yang nipis ke kawasan yang terjejas dan sapukan dengan perlahan sehingga diserap sepenuhnya.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Extra Deep Heat® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Extra Deep Heat® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Extra Deep Heat®  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Extra Deep Heat® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Extra Deep Heat®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Extra Deep Heat® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai luka di kawasan yang terjejas atau kulit anda rosak dalam apa cara sekalipun.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Extra Deep Heat® semasa kehamilan dan menyusu. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang tara potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Extra Deep Heat®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Apabila menggunakan ubat ini, ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, seperti:

  • Ruam.
  • Semugota.
  • Gatal-gatal.
  • Kesukaran bernafas.
  • Kesesakan di dada.
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah.
  • Kerengsangan atau kulit kemerah-merahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Extra Deep Heat® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah seperti:

  • Anisindione.
  • Coumadin (warfarin).
  • Dicumarol.
  • Jantoven (warfarin).
  • Miradon (anisindione).
  • Warfarin.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Extra Deep Heat® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Extra Deep Heat® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sapukan lapisan ubat secara nipis ke kawasan yang sakit atau sengal seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau arahan pada label.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Extra Deep Heat® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Krim 30g.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Extra Deep Heat®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Psoriasis bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. Ikuti artikel ini untuk memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit psoriasis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    JANGAN Urut Kaki Jika Terseliuh, Tapi Cuba Guna Kaedah RICE Untuk Merawatnya!

    Apabila kaki terseliuh, andatidak semestinya perlu melakukan urutan seperti yang sering disangkakan. Ada cara yang lebih mudah iaitu kaedah RICE!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 11/11/2019 . 2 minit bacaan

    Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

    Selain tanda tanda hamil seperti loya dan muntah, apakah lagi tanda pasti hamil yang boleh dikenal pasti? Artikel ini akan mengupas isu berkaitan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/05/2019 . 3 minit bacaan

    Pelik Badan Tiba-Tiba Naik Lebam, Adakah Ia Disebabkan Gangguan Pendarahan? Ini Jawapannya!

    Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/04/2019 . 7 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan fisioterapi

    Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan-penderaan-warga-tua

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    masalah haid

    Ladies, Jangan Pandang Remeh Jika Alami Salah Satu Masalah Period Ini, Segera Jumpa Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    darah

    Berapa Kali Boleh Cuba Ambil Darah Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 minit bacaan