Ubat ini dikenali sebagai ubat anti radang bukan steroid (NSAID). Ia berfungsi dengan menyekat pengeluaran bahan-bahan semula jadi tertentu dalam badan yang menyebabkan keradangan.
Ubat ini dikenali sebagai ubat anti radang bukan steroid (NSAID). Ia berfungsi dengan menyekat pengeluaran bahan-bahan semula jadi tertentu dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang Ubat, klik di sini.
Berapa jam sekali makan ubat tahan sakit ini?
Pengambilan ubat ini adalah secara oral (melalui mulut) dan biasanya diambil 2 atau 3 kali sehari dengan segelas penuh air (8 auns / 240 mililiter).
Jangan berbaring selama sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini. Untuk mengelakkan sakit perut, ambil ubat ini dengan makanan, susu, atau anti-asid.
Untuk keadaan tertentu (seperti artritis), ia mungkin mengambil masa sehingga dua minggu pengambilan secara teratur sebelum ubat berkesan.
Jika anda mengambil ubat ini tidak mengikut jadual yang tetap, ingat bahawa ubat-ubatan sakit berkesan jika digunakan sewaktu tanda-tanda awal sakit berlaku.
Jika anda menunggu sehingga kesakitan semakin teruk, ubat ini mungkin tidak berkesan juga.
Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika menjadi lebih teruk.
Naproxen lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan naproxen dalam bilik mandi atau peti ais.
Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Anda tidak boleh mengepam naproxen ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian.
Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Sebelum mengambil ubat anti radang ini:
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai apa-apa tanda tindak balas alahan terhadap naproxen: gatal-gatal; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.
Berhenti menggunakan naproxen dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:

Kesan sampingan yang biasa ubat naproxen boleh termasuk:
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Ubat naproxen mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius.
Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.
Tanya doktor atau ahli farmasi jika ia adalah selamat untuk anda menggunakan ubat ini jika anda juga menggunakan mana-mana ubat yang berikut:

Naproxen mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius.
Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Naproxen mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda.
Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.
Terutamanya jika anda mempunyai:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
06/10/2025
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa