Kegunaan
Apakah kegunaan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin biasanya digunakan untuk mencegah dan merawat mual, muntah, dan pening akibat mabuk kenderaan. Ia juga digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.
Tablet dimenhydrinate merupakan anti-histamin dan anti-kolinergik. Ia berfungsi di dalam otak untuk mengurangkan mual, muntah, dan pening.
Bagaimanakah pengambilan novomin (dimenhydrinate) dilakukan?
Guna tablet novomin seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Periksa label pada ubat untuk arahan dos yang sebenar.
Tablet ubat ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
Guna tablet ubat ini seperti yang diarahkan pada bungkusan ubat, melainkan anda telah diarahkan sebaliknya oleh doktor anda. Jika anda mengambil tablet tanpa preskripsi, ikut sebarang amaran atau langkah berjaga-jaga pada label ubat.
Ambil dos pertama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum aktiviti atau bertolak.
Apakah kaedah penyimpanan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama novomin yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen