Loratadine adalah sejenis ubat antihistamin yang merawat simptom-simptom seperti gatal, hidung berair, mata berair, bersin disebabkan “demam alah” dan alahan yang lain. Ia juga turut digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Loratadine adalah sejenis ubat antihistamin yang merawat simptom-simptom seperti gatal, hidung berair, mata berair, bersin disebabkan “demam alah” dan alahan yang lain. Ia juga turut digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.
Loratadine tidak mencegah gatal-gatal atau mencegah/merawat alahan yang serius (sebagai contoh anafilaksis). Oleh itu, jika doktor anda telah mempreskrip epinefrina untuk merawat tidakbalas alahan, sila sentiasa membawa penyuntik epinefrina bersama anda. Jangan gunakan loratadine di tempat yang sama anda menggunakan epinefrina.
Jika anda merawat diri sendiri menggunakan Loratadine untuk mengatasi simptom alergi seperti hidung berair, adalah sangat penting untuk membaca arahan pakej dari pengilang agar anda tahu bila anda perlu berunding dengan doktor atau ahli farmasi.
Jangan menggunakan Loratadine untuk merawat simptom hidung berair dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun melainkan disuruh oleh doktor.
Jika anda menggunakan tablet kunyah, jangan menggunakannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun melainkan disuruh oleh doktor.
Jika anda menggunakan produk ubat melalui kaunter (OTC) untuk merawat simptom alergi seperti hidung berair, sila baca semua arahan di dalam pakej produk sebelum mengambil Loratadine. Jika doktor anda mempreskripsi Loratadine, adalah penting untuk anda menurut arahan doktor dan arahan pada label preskripsi. Sebarang persoalan sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi.
Ambil Loratadine melalui mulut bersama atau tanpa makanan, kebiasaannya sekali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor atau pakej produk. Jika anda menggunakan tablet kunyah, sila kunyah setiap tablet dengan baik dan telan. Dos bergantung kepada umur, keadaan dan respon kepada rawatan. Jangan tambahkan dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan. Jangan mengambil Loratadine melebihi apa yang disyorkan untuk umur anda.
Maklumkan pada doktor anda jika simptom alahan anda tidak bertambah baik selepas 3 hari tempoh rawatan atau gatal-gatal berpanjangan melebihi 6 minggu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan anda semakin teruk atau merasakan bahawa anda mempunyai masalah perubatan yang serius (contohnya tindakbalas alahan/anafilaksis yang sangat serius).
Loratadine adalah paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Loratadine di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Apabila ia berkait dengan loratadine adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang loratadine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Apabila ia berkaitan dengan loratadine, adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil loratadine adalah perlu untuk:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini untuk atasi simptom hidung berair. Loratadine adalah berdasarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), tergolong dalam ubat kategori B bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
Dapatkan pertolongan perubatan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda alahan berikut: gatal-gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Hubungi doktor anda serta merta jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti: degupan jantung laju atau tidak sekata; rasa ingin pengsan; jaundice (kuning pada kulit dan mata); atau sawan.
Kesan sampingan yang kurang serius adalah: sakit kepala; gugup; rasa penat atau mengantuk; sakit perut; cirit-birit; mulut kering, sakit tekak dan suara serak; mata merah, pandangan kabur; hidung berdarah; atau ruam pada kulit.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Loratadine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Kesan farmakologi loratadine adalah sangat hampir dengan desloratadine. Jangan gunakan ubat yang mengandungi desloratadine semasa menggunakan loratadine.
Loratadine mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Loradatine akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk resdung (allergic rhinitis)
Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk urtikaria
Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk resdung (allergic rhinitis)
Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk urtikaria
Loratadine adalah boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Teofilin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen