backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bactine

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Bactine® (topikal lidocaine)?

Lidocaine ialah anestetik setempat (ubatan pengebas). Ia bekerja dengan menghalang signal saraf dalam badan anda.

Bactine® (untuk kegunaan kulit) digunakan bagi mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan disebabkan iritasi kulit seperti selaran matahari,, gigitan serangga, poison ivy, poison oak, poison sumac, dan luka kecil, luka calar atau luka lecur. Bactine® turut diguna bagi merawat ketidakselesaan rektal diakibatkan buasir.

Bactine® boleh juga digunakan bagi tujuan yang tidak disenarikan dalam panduan ubatan ini.

Bagaimanakah kegunaan Bactine® (topikal lidocaine)?

Gunakan ubatan ini sebagaimana diarahkan pada label, atau sebagaimana diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan ubatan ini dalam jumlah yang lebih banyak dari yang dicadangkan.

Penggunaan topikal lidocaine yang tidak sesuai boleh mengakibatkan kematian.

Topikal lidocaine datang dalam pelbagai bentuk (gel, semburan, krim, losyen, salap, cecair, pelekat kulit).

Jangan ambil melalui mulut. Topikal lidocaine digunakan hanya pada kulit. Sekiranya ubatan ini memasuki mata, hidung, mulut, rektum, atau vagina, bilas dengan air.

Gunakan bilangan paling kecil ubatan yang diperlukan bagi mengebaskan kulit atau melegakan kesakitan. Badan anda boleh menyerap terlalu banyak ubatan ini sekiranya digunakan terlalu banyak, sekiranya disapu pada kawasan luas di kulit, atau sekiranya anda mengenakan haba, balutan luka, atau balutan plastik pada kawasan kulit dirawat. Kulit yang terluka atau mengalami iritasi boleh juga menyerap lebih ubatan topikal berbanding kulit yang sihat.

Jangan sapu ubatan ini pada kawasan kulit yang bengkak atau luka tusukan yang dalam. Elakkan dari menggunakan ubatan pada kulit yang terdedah atau melepuh, contohnya pada lecur yang teruk atau lelasan.

Jangan balut kawasan kulit dirawat melainkan diberitahu oleh doktor anda.

Topikal lidocaine boleh disapu dengan hujung jari atau kapas.

Sekiranya ubatan anda datang dengan arahan keselamatan dan penggunaan efektif untuk pesakit, ikuti arahan ini dengan teliti. Tanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang persoalan.

Bagaimana saya menyimpan Bactine® (topikal lidocaine)?

Bactine® (topikal lidocaine) paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Bactine® (topikal lidocaine) di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Bactine® (topikal lidocaine) yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Bactine® (topikal lidocaine) ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Bactine® (topikal lidocaine)?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Bactine® (topikal lidocaine) atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Terlebih dos ubatan pengebas boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa maut sekiranya terlalu banyak ubatan tersebut diserap melalui kulit anda.

Jangan gunakan topikal lidocaine dalam jumlah yang besar, atau cuba membalut kawasan kulit dirawat dengan balutan luka atau balutan plastic tanpa nasihat medikal.

Simpan pelekat kulit lidocaine jauh dari kanak-kanak atau haiwan peliharaaan. Jumlah lidocaine dalam pelekat kulit boleh jadi merbahaya pada kanak-kanak atau haiwan peliharaan yang tersedut atau tertelan pelekat tersebut tanpa sengaja.

Anda tidak boleh menggunakan topikal lidocaine sekiranya anda alah kepada mana-mana jenis ubat pengebas.

Kes maut diakibatkan lebihan dos pernah berlaku dengan ubatan pengebas yang diguna tanpa nasihat dari doktor (contohnya ketika prosedur kosmetik seperti pembuangan rambut laser). Selain itu, lebihan dos juga pernah berlaku pada wanita yang dirawat dengan ubat pengebas sebelum menjalani mammografi.

Ambil langkah berjaga-jaga kerana banyak prosedur kosmetik dijalankan tanpa kehadiran doktor. Untuk memastikan topikal lidocaine selamat buat anda, nyatakan pada doktor anda sekiranya anda mengalami:

  • Penyakit hati.
  • Anda mengambil ubatan ritma jantung.

Adakah selamat untuk mengambil Bactine® (topikal lidocaine) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Bactine® (topikal lidocaine) adalah di bawah kategori B berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Bactine® (topikal lidocaine)?

Dapatkan bantuan medikal kecemasan sekiranya anda mengalami gejala reaksi alahan: geligata; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, atau tekak.

Hubungi doktor segera sekiranya anda:

  • Sensasi membakar, menyengat, atau iritasi pada kawasan ubatan disapu
  • Bengkak atau kemerahan
  • Pening tiba-tiba atau mengantuk selepas ubatan disapu
  • Keliru, padangan kabur, berdesing di telinga
  • Sensasi suhu yang luar biasa

Kesan sampingan biasa termasuklah:

  • Iritasi sederhana pada kawasan sapuan ubat.
  • Kebas pada kawasan yang disapu ubat tanpa sengaja.

Tidak semua akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda punya kerisauan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Bactine® (topikal lidocaine)?

Bactine® (topikal lidocaine) mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Bactine® (topikal lidocaine)?

Bactine® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Bactine® (topikal lidocaine)?

Bactine® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Bactine® (topikal lidocaine) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Biasa Dewasa bagi Anestesia

2% solusi likat: Kumur 15 mL, tidak dicairkan, dan ludah keluar atau telan, tidak kurang dari setiap 3 jam.

Dos maksimum: 300 mg untuk dewasa yang normal dan sihat – tidak melebihi 4.5 mg/kg (2mg/lb), atau 4.5mg/kg (2mg/lb), atau 8 dos dalam 24 jam.

Dos Biasa Dewasa bagi Ujian GIT (Gastrointestinal Tract)

2% solusi likat: Kumurkan 15 mL, tidak dicairkan, ludahkan atau telan, tidak kurang dari setiap 3 jam.

Dos maksimum: 300 mg untuk dewasa yang normal dan sihat – tidak melebihi 4.5 mg/kg (2mg/lb), atau 4.5mg/kg (2mg/lb), atau 8 dos dalam 24 jam.

Dos Biasa Dewasa bagi Kesakitan

0.5% semburan lidocaine: Letakkan lapisan nipis pada kawasan berkenaan sehingga 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

4% krim, gel, solusi: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

5% salap: Sapu secara topikal bagi kawalan simptom yang mencukupi. Dos maksimum: 5 gm setiap satu penggunaan (kira-kira 6 inci salap dipicit dari tiub); 20 gm jumlah bagi mana-mana hari.

Dos Biasa Dewasa bagi Pruritus

Dos Biasa Dewasa bagi Pedih Membakar -Luaran

0.5% semburan lidocaine: Letakkan lapisan nipis pada kawasan berkenaan sehingga 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: Satu sapuan tidak patut lebih dari 4 picitan; jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4% krim, gel, solusi: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

5% salap: Sapu secara topikal bagi kawalan simptom yang mencukupi. Dos maksimum: 5 gm setiap satu penggunaan (kira-kira 6 inci salap dipicit dari tiub); 20 gm jumlah bagi mana-mana hari.

Dos Biasa Dewasa bagi Hemorroid

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: Satu sapuan tidak patut lebih dari 4 picitan; jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4%, 5% losyen atau krim: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 6 kali sehari mengikut keperluan.

Dos Biasa Dewasa bagi neuralgia lepas herpes

5% pelekat: Letakkan pelekat bersentuhan dengan kulit dan menutupi kawasan paling sakit hingga 12 jam dalam tempoh 24 jam. Dos maksima: 3 pelekat, 12 dari 24 jam.

Apakah dos Bactine® (topikal lidocaine) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Biasa Pediatrik bagi Hemorroid

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan.Dos maksimum: 4.3 mg/kg (2 mg/lb)

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: Satu sapuan tidak patut lebih dari 4 picitan; jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4%, 5% losyen atau krim: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 6 kali sehari mengikut keperluan.

Dos Biasa Pediatrik bagi Kesakitan

0.5% semburan lidocaine: Letakkan lapisan nipis pada kawasan berkenaan sehingga 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: Satu sapuan tidak patut lebih dari 4 picitan; jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4% krim, gel, solusi: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

5% salap: Sapu secara topikal bagi kawalan simptom yang mencukupi. Dos maksimum: 4.5 gm setiap satu penggunaan

Dos Biasa Pediatrik bagi Pruritus

0.5% semburan lidocaine: Letakkan lapisan nipis pada kawasan berkenaan sehingga 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4% krim, gel, solusi: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan. Dos maksimum: 4.5 gm setiap satu penggunaan

5% ointment: 5% salap: Sapu secara topikal bagi kawalan simptom yang mencukupi. Dos maksimum: 4.5 gm setiap satu penggunaan

Dos Biasa Dewasa bagi Pedih Membakar –Luaran

0.5% semburan lidocaine: Letakkan lapisan nipis pada kawasan berkenaan sehingga 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

3% losyen atau krim: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan

3% gel: letakkan napisan nipis pada kawasan berkenaan 2 ke 3 kali sehari mengikut keperluan. Dos Maksimum: jangan melebihi 12 picitan dalam 24 jam.

4% krim, gel, solusi: Sapukan lapisan nipis pada kawasan berkenaan 3 ke 4 kali sehari mengikut keperluan.

5% ointment: 5% salap: Sapu secara topikal bagi kawalan simptom yang mencukupi. Dos maksimum: 4.5 gm setiap satu penggunaan

Dos Biasa Pediatrik bagi Anestesia

2% solusi oral (likat):

Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun: Satu suku sudu teh disapu pada kawasan dengan kapas dicalit sapuan dengan kekerapan tidak lebih dari setiap 3 jam. Dos Maksimum: 4 dos setiap tempoh 12 jam.

Kanak-kanak 3 tahun dan ke atas: Tidak lebih dari 4.5 mg/kg/dos (atau 300 mg/dos), dikumur di mulut dan diludah semula dengan kekerapan tidak lebih dari setiap 3 jam.

Dos Biasa Pediatrik bagi Pembedahan GIT (Gastrointestinal Tract)

2% solusi oral (likat):

Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun: Satu suku sudu teh disapu pada kawasan dengan kapas dicalit sapuan dengan kekerapan tidak lebih dari setiap 3 jam. Dos Maksimum: 4 dos setiap tempoh 12 jam.

Kanak-kanak 3 tahun dan ke atas: Tidak lebih dari 4.5 mg/kg/dos (atau 300 mg/dos), dikumur di mulut dan diludah semula dengan kekerapan tidak lebih dari setiap 3 jam.

Dos Biasa Pediatrik bagi Anestesia Lokal

0.5% serbuk sistem injeksi:

Usia 3 ke 18 tahun: sapukan satu 0.5 mg topikal lidocaine pada kawasan kulit terdedah yang akan dijalankan venipunktur atau kanulasi intravena peripheral. 1 ke 3 minit sebelum suntikan jarum.

Apakah bentuk penyediaan Bactine® (topikal lidocaine)?

Bactine® (topikal lidocaine) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sapuan (salap)

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Bactine® (topikal lidocaine), sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan