Bagi kes yang jarang berlaku, apabila anda mula mengambil Norvasc®, angina anda akan menjadi semakin teruk atau anda boleh mengalami serangan jantung. Segera dapatkan perhatian kecemasan perubatan atau terus hubungi doktor anda jika anda mengalami simptom seperti: sakit atau tekanan pada dada, sakit yang merebak ke rahang atau bahu anda, mual, berpeluh.
Dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda reaksi alahan kepada Norvasc®: geligata, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?
Norvasc® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
- Nitroglycerin
- Simvastatin (Zocor, Simcor, Vytorin)
- Ubat jantung atau tekanan darah yang lain
Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?
Norvasc® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?
Norvasc® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Keadaan kesihatan ini termasuk:
- Penyakit hati
- Masalah injap jantung dipanggil aortik stenosis
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Norvasc®.
Apakah dos Norvasc® (amlodipine) yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Hipertensi:
Dos awal: Dos yang disarankan ialah 5 mg secara oral sekali sehari.
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.
Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Angina Pektoris:
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.
Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Penyakit Arteri Koronari:
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.
Dos Biasa bagi Golongan Geriatrik untuk Hipertensi:
Dos awal: Dos yang disarankan ialah 2.5 mg secara oral sekali sehari.
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 2.5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.
Dos Biasa bagi Golongan Geriatrik untuk Angina Pektoris:
Dos awal: Dos yang disarankan ialah 5 mg secara oral sekali sehari.
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.
Apakah dos Norvasc® (amlodipine) yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos Biasa bagi Kanak-kanak untuk Hipertensi:
6 hingga 17 tahun:
Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 2.5 hingga 5 mg secara oral sekali sehari.
Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 5 mg/hari.
Bagaimanakah bentuk ketersediaan Norvasc® (amlodipine) boleh didapati?
Norvasc® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Tablet: amlodipine besylate 2.5 mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Norvasc®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen