Kesan sampingan yang serius dijangka tidak akan berlaku semasa rawatan dengan ubat ini.
Mata pedih membakar, merah, berair, pelepasan cecair, sakit, gatal-gatal, pedih, atau penglihatan kabur mungkin berlaku.
Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cyclosporine (Ophthalmic)?
Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.
- Ubat-ubatan anti-radang topikal (contohnya, Ketorolac) kerana boleh mengurangkan keberkesanan cyclosporine.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cyclosporine (Ophthalmic)?
Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cyclosporine (Ophthalmic)?
Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda, terutamanya:
- Sedang menghadapi jangkitan mata;
- Hipersensitiviti kepada cyclosporine atau sebarang bahan-bahan dalam cyclosporine. Ubat ini tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan ini.
- Sejarah jangkitan herpes kornea- Anda harus menggunakan ubat ini dengan berhati-hati jika anda mempunyai keadaan ini.
- Jika anda seorang pengguna kanta lekap -Pesakit dengan masalah air mata kurang tidak boleh memakai kanta lekap.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos Cyclosporine (Ophthalmic) yang disyorkan untuk dewasa?
Dos Dewasa yang biasa untuk Keratoconjunctivitis Sicca
1 titis dalam setiap mata dua kali sehari (kira-kira setiap 12 jam).
Apakah dos Cyclosporine (Ophthalmic) yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Apakah bentuk penyediaan Cyclosporine (Ophthalmic)
Cyclosporine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas dos Cyclosporine, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen