Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Tidocol lazimnya digunakan untuk rawatan kolitis berulser (ulcerative colitis) yang ringan dan sederhana. Ia juga digunakan bagi mengelakkan simptom kolitis berulser daripada berulang.
Tidocol juga boleh digunakan bagi tujuan lain, sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ambil tidocol dengan segelas penuh air. Ticodol lebih elok diambil bersama pengambilan makanan. Namun ia boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Sila patuhi arahan doktor anda atau arahan yang dibekalkan pada label ubat anda.
Jangan hancurkan, pecahkan atau kunyah tablet atau kapsul. Telan pil tersebut secara keseluruhan.
Kapsul pelepasan terlanjut dicipta secara khusus bagi melepaskan ubat tersebut apabila ia telah melepasi perut anda dan menuju ke dalam usus. Menghancurkan pil tersebut boleh menyebabkan ubat itu dilepaskan terlalu awal dalam saluran penghadaman.
Tablet yang bersalut enterik pula mempunyai salutan khusus bagi melindungi perut anda. Memecahkan pil tersebut boleh merosakkan salutan ini.
Hubungi doktor anda jika anda menjumpai tablet yang tidak terbubar larut dalam najis anda.
Ubat ini boleh menyebabkan natijah yang tidak normal pada sesetengah ujian perubatan. Sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda bahawa anda ada mengambil ticodol.
Tidocol paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya langsung dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ticodol di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama ticodol yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang ticodol ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor anda jika:
Pesakit yang mengambil tablet pelepasan terlanjut seharusnya melaporkan jika terdapat beberapa kali tablet yang tidak hancur atau hanya hancur sebahagian dijumpai pada najis mereka. Stenosis pilorik berupaya menangguhkan pelepasan ubat ke dalam usus.
Pesakit harus melaporkan sekiranya mengalami pendarahan tanpa sebab, lebam-lebam, purpura, sakit tekak, demam atau tidak bermaya ketika mengambil rawatan ubat ini; lakukan ujian kiraan sel darah dan hentikan rawatan ubat jika komposisi darah yang tidak normal disyaki.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:
Hentikan ambilan tidocol dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alahan seperti bintat urtikaria, kesukaran bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tidocol boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Tidocol mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Tidocol boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Terutamanya jika anda mempunyai keadaan berikut:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos yang disyorkan adalah 800 mg, melalui mulut 3 kali sehari.
Tempoh terapi adalah selama 6 minggu.
Dos adalah ditetapkan berdasarkan:
Tidocol boleh didapati dalam beberapa bentuk dan kekuatan seperti:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ticodol, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen