backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Zetia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap oleh badan.

Zetia® digunakan untuk merawat kolesterol tinggi.

Zetia® juga diberikan dengan ubat penurun kolesterol yang lain.

Bagaimanakah saya harus mengambil Zetia® (ezetimibe)?

Ambil Zetia® seperti yang ditetapkan untuk anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Zetia® biasanya diambil sekali sehari. Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari.

Zetia® boleh diambil pada masa yang sama dengan fenofibrate, atau dengan ubat statin seperti atorvastatin, lovastatin, simvastatin, pravastatin, atau fluvastatin.

Sesetengah ubat kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama.

Jika anda mengambil cholestyramine, colestipol, atau colesevelam: Tunggu sekurang-kurangnya empat jam selepas mengambil mana-mana ubat ini sebelum anda mengambil ezetimibe. Anda juga boleh mengambil ezetimibe dua jam sebelum mengambil mana-mana ubat lain.

Anda tidak perlu mengambil ezetimibe dengan gemfibrozil.

Anda mungkin memerlukan ujian darah yang kerap untuk memeriksa fungsi hati anda jika anda mengambil ezetimibe bersama ubat statin.

Ia mungkin mengambil masa sehingga dua minggu sebelum tahap kolesterol anda bertambah baik. Teruskan menggunakan ubat anda seperti yang diarahkan. Anda akan memerlukan ujian darah yang kerap untuk mengukur tahap kolesterol anda.

Zetia® hanya sebahagian daripada program rawatan lengkap yang juga termasuk diet, senaman, dan kawalan berat badan. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda dengan teliti.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zetia® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zetia® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zetia® (ezetimibe)?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada  doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zetia® atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Anda tidak boleh menggunakan Zetia® jika anda mempunyai penyakit hati sederhana dan kritikal.

Anda tidak boleh menggunakan ezetimibe dengan ubat kolestrol “statin’ (Zocor, Lipitor, Crestor, dan lain-lain) jika anda mempunyai penyakit hati aktif.

Sesetengah ubat kolesterol boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan pecahan tisu otot rangka, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Keadaan ini mungkin lebih tinggi berlaku pada orang tua dan pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang atau hypothyroidism yang kurang terkawal (tiroid yang tidak aktif).

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA, ubat ini berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zetia® (ezetimibe)?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap Zetia®: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Sesetengah ubat kolesterol boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan pecahan tisu otot rangka, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami sakit otot, sakit atau lemah otot yang tidak dapat dijelaskan terutamanya jika anda juga menghidap demam, keletihan yang luar biasa, dan air kencing berwarna gelap.

Kesan sampingan mungkin lebih tinggi pada orang tua.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Sakit otot atau sendi
  • Hidung tersumbat, sakit sinus, sakit tekak
  • Cirit-birit
  • Sakit di lengan atau kaki

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Cyclosporine
  • Ubat cair darah (warfarin, Coumadin, Jantoven)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Penyakit buah pinggang
  • Gangguan tiroid

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zetia® (ezetimibe).

Apakah dos Zetia® (ezetimibe) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk Hyperlipidemia:

10 mg sekali sehari bersama atau tanpa makanan.

Dos Dewasa yang Biasa untuk Sitosterolemia:

10 mg sekali sehari bersama atau tanpa makanan.

Apakah dos Zetia® (ezetimibe)  yang sesuai untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk ketersediaan Zetia® (ezetimibe)?

Zetia® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet: Ezetimibe 10 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan