Jika anda penggemar kafein, teruskan baca artikel ini untuk tahu tanda terlebih kafein dalam badan dan kesannya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Jika anda penggemar kafein, teruskan baca artikel ini untuk tahu tanda terlebih kafein dalam badan dan kesannya.
Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran.
Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.
Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat. Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak.
Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan. Tanda terlebih kafein dalam badan seseorang individu itu adalah dia akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu.
Walaupun ia seperti membantu seseorang untuk menjadi lebih produktif, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang.
Menurut Mayo Clinic, seseorang individu itu boleh mengambil kafein setinggi 400 miligram sehari. Jika seseorang itu mengambil jumlahnya melebihi saranan tersebut, kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah kafein berlebihan meningkat.
Namun, umur dan keadaan kesihatan seseorang itu perlu diambil kira sebelum menetapkan jumlah yang boleh diambil oleh mereka.
Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja tidak boleh mengambil minuman berkafein pada kadar melebihi 100 miligram sehari. Perempuan mengandung perlu mengehadkan pengambilannya kepada 200 miligram sehari.
Kesan kafein kepada proses fisiologikal badan juga berbeza mengikut umur, berat dan tahap kesihatan individu secara menyeluruh. Disebabkan itulah, sukar untuk ditetapkan berkenaan dengan jumlah kafein yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah kafein berlebihan. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mereka yang mengambil bahan berkafein secara berlebihan boleh mengalami beberapa simptom awal. Namun, kebanyakan individu sering memandang ringan terhadap perkara itu memandangkan tanda terlebih kafein dalam badan kebiasaannya tidak begitu serius.
Berikut merupakan simptom atau tanda terlebih kafein dalam badan yang boleh dialami oleh seseorang individu:
Jika diambil mudah, tanda terlebih kafein dalam badan tersebut boleh menjadi semakin teruk mengakibatkan gejala yang memerlukan rawatan perubatan. Antaranya adalah:
Perlu diingatkan bahawa bagi ibu yang menyusukan anak, tanda terlebih kafein dalam badan boleh menyebabkan simptom kepada bayi yang disusukan. Simptom tersebut merangkumi:
Mungkin terdapat beberapa tanda terlebih kafein dalam badan atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda.
Pengambilan bahan berkafein mudah menyebabkan kesan sampingan terhadap individu. Namun, jika dilihat pada konteks pengambilan bahan berkafein secara berlebihan yang boleh mengancam nyawa, ia merupakan satu fenomena yang jarang dialami, apatah lagi untuk situasi yang boleh menyebabkan kematian.
Secara amnya, kesan kafein boleh memberikan impak negatif kepada tubuh badan apabila tahap kepekatannya melebihi 15 miligram dalam 1 liter darah. Ini merupakan permulaan kepada kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang mengambil bahan berkafein pada jumlah yang banyak.
Kebiasaannya, masalah pengambilan kafein berlebihan dialami oleh mereka yang mengambilnya dalam bentuk pil terutamanya jika ia disertakan dengan minuman berkafein. Jarang sekali untuk anda mendapat gejala tersebut sekiranya anda hanya mengambil minuman berkafein secara kerap.
Pada tahun 2018, pengkajian semula 92 laporan kematian yang disebabkan oleh pengambilan bahan berkafein secara berlebihan telah menunjukkan bahawa satu daripada tiga kematian tersebut mempunyai unsur-unsur bunuh diri.
Kematian merupakan salah satu daripada kesan pengambilan kafein berlebihan sekiranya kepekatan kafein berada dalam lingkungan 80 hingga 100 miligram dalam 1 liter darah.
Jika hendak dibandingkan dengan pengambilan air kopi atau suplemen yang mengandungi kafein, penggunaan serbuk kopi tulen secara terus boleh meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang individu itu mengalami masalah kafein berlebihan.
Menurut The United States Food and Drug Administration (FDA), pengambilan 1 sudu teh serbuk kopi tulen boleh menyebabkan kesan fisiologikal yang sama dengan pengambilan 28 cawan minuman kopi.
Ini menunjukkan pengambilan produk yang mengandungi tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuklah kematian.
Terdapat banyak faktor risiko untuk masalah kafein berlebihan, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tiada gejala khusus yang boleh digunakan oleh seseorang individu bagi mendiagnosis masalah kafein berlebihan tanpa bantuan doktor. Oleh itu, adalah digalakkan buat mereka yang mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas selepas mengambil bahan berkafein (minuman, suplemen) untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berhampiran dengan anda. Jika anda atau individu berhampiran terambil bahan berkafein dalam kuantiti yang banyak pada satu masa, hubungi talian kecemasan untuk tindakan selanjutnya.
Charcoal atau arang merupakan rawatan yang sering diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kafein berlebihan jika individu tersebut mendapatkan rawatan secara serta-merta. Ia akan bergabung dengan bahan kimia tersebut bagi mengelakkan lebihannya daripada diserap masuk ke dalam tubuh badan seterusnya dikumuhkan melalui najis.
Selain itu, rawatan cuci gaster (gastric lavage) dan pemberian ubat julap juga dapat membantu mengeluarkannya dalam masa yang singkat. Pilihan modaliti rawatan akan bergantung kepada situasi klinikal setelah diakses oleh doktor yang bertugas. Ketika anda sedang dirawat, fungsi jantung anda akan dipantau oleh mesin elektrokardiogram (EKG).
Jika anda merasai kesan sampingan akibat daripada pengambilannya, ia kebiasaannya akan hilang dalam tempoh 3 hingga 5 jam. Namun beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan kesan tersebut dapat dirawat dalam masa yang singkat:
Jika anda masih mengalami simptom selepas tempoh waktu yang dinyatakan, dapatkan rawatan daripada doktor pada kadar segera.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah pengambilan kafein secara berlebihan:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen