Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, silalah berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?
Nicoderm CQ® mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang sedang anda ambil, ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan memulakan, berhenti atau mengubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?
Nicoderm CQ® boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang apa-apa makanan berpotensi bertindak balas atau interaksi alcohol dengan ubat sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?
Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin) boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang segala keadaan kesihatan yang sedang anda alami.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Nicoderm CQ® (pelekat nikotin).
Apakah dos Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin) yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos biasa bagi dewasa untuk perberhentian merokok .
Gula-gula getah:
Dos yang disyorkan:
- Rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg
- Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg
Rejimen yang disyorkan:
- Minggu 1 hingga 6: kunyah sekeping gula-gula getah setiap 1 hingga 2 jam
- Minggu 7 hingga 9: kunyah sekeping gula-gula getah setiap 2 hingga 4 jam
- Minggu 10 hingga 12: kunyah sekeping gula-gula getah setiap 4 hingga 8 jam
- Maksimum dos: 24 keping / hari
Gula-gula berangin (Lozenge):
Dos yang disyorkan:
- Rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg
- Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg
Rejimen yang disyorkan:
- Minggu 1 hingga 6: makan 1 lozenge setiap 1 hingga 2 jam
- Minggu 7 hingga 9: makan 1 lozenge setiap 2 hingga 4 jam
- Minggu 10 hingga 12: makan 1 lozenge setiap 4 hingga 8 jam
- Maksimum dos: 20 lozenges / hari
Alat Sedut (Inhaler):
Rawatan awal:
- Dos yang disyorkan: Sekurang-kurangnya 6 kartrij disedut sekali sehari selama 3 hingga 6 minggu pertama
- Maksimum dos: 16 kartrij / hari
- Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu
Pengurangan dos secara beransur-ansur: Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu.
Semburan hidung (Nasal Spray):
Rawatan awal:
- Dos yang disyorkan: 1 hingga 2 semburan bagi setiap lubang hidung untuk setiap jam sehingga 3 bulan
- Dos maksimum: 40 mg / hari
Pelekat:
- LANGKAH 1: 21mg tampalan transdermal sekali sehari
- LANGKAH 2: 14mg tampalan transdermal sekali sehari
- LANGKAH 3: 7 mg patch transdermal sekali sehari
Bagi perokok lebih daripada 10 rokok / hari: Langkah 1 selama 4 minggu, kemudian langkah 2 selama 2 minggu, dan akhirnya langkah 3 selama 2 minggu.
Bagi perokok 10 rokok / hari atau kurang: Langkah 2 selama 6 minggu, kemudian langkah 3 selama 2 minggu.
Apakah dos Nicoderm CQ® (pelekat nikotin) yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos tidak dikeluarkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk sentiasa memahami sepenuhnya langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Ketersediaan Nicoderm CQ® (nicotine patch)
Nicoderm CQ® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nicoderm, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hamper melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen