backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Cyclosporine (Ophthalmic)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 11/05/2020

Kegunaan

Apa kegunaan Cyclosporine (Ophthalmic) ?

Cyclosporine digunakan untuk merawat mata kering disebabkan oleh keadaan mata tertentu (keratoconjunctivitis Sicca). Ia berfungsi dengan meningkatkan jumlah air mata yang dihasilkan. Cyclosporine adalah ejen imunosupresif.

Cyclosporine oftalmik juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

Bagaimanakah kegunaan Cyclosporine (Ophthalmic)?

Cyclosporine digunakan untuk mata yang terjejas biasanya dua kali sehari, kira-kira setiap 12 jam; atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Untuk menggunakan ubat titis mata, basuh tangan anda terlebih dahulu. Untuk mengelakkan pencemaran, berhati-hati untuk tidak menyentuh hujung botol atau membiarkannya menyentuh mata anda. Sebelum membuka botol, pastikan ubat titis mata bercampur dengan baik dengan cara menggoncang beberapa kali sebelum digunakan. Buka botol dengan betul sebelum  menggunakannya. Ubat titis mata tersebut harus mempunyai rupa putih susu.

Dongakkan kepala ke belakang, pandang ke atas dan tarik kelopak mata di bawah untuk membentuk kantung. Letakkan hujung botol terus di atas mata dan tekan satu titis. Pandang ke bawah dan perlahan-lahan tutup mata anda selama 1 hingga 2 minit. Cuba untuk tidak berkelip dan jangan gosok mata.

Buang kandungan baki botol yang telah dibuka sejurus selepas digunakan. Jangan simpan botol yang telah dibuka untuk kegunaan kemudian.

Jika anda memakai kanta lekap, keluarkannya sebelum menggunakan ubat ini dan jangan pakai semula sehingga 15 minit selepas penggunaan ubat titis mata ini.

Jika anda menggunakan ubat titik lain untuk mata kering (contohnya, air mata tiruan), tunggu 15 minit di antara penggunaan ubat yang berbeza.

Bagaimana saya menyimpan Cyclosporine (Ophthalmic)?

Cyclosporine lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan Cyclosporine dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama Cyclosporine berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam Cyclosporine ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cyclosporine (Ophthalmic)?

Sebelum menggunakan Cyclosporine,

  • Maklumkan doktor dan ahli farmasi anda jika anda alah kepada cyclosporine (Neoral, Sandimmune) atau mana-mana ubat lain.
  • Maklumkan doktor dan ahli farmasi anda sebarang ubat preskripsi dan bukan preskripsi, vitamin, makanan tambahan, dan herba yang anda ambil. Pastikan anda memaklumkan penggunaan ubat titis mata yang lain untuk penyakit mata kering.
  • Jika anda menggunakan air mata tiruan, biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum atau selepas anda menggunakan ubat titis mata cyclosporine.
  • Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai jangkitan mata, jika anda mempunyai plug pada saluran air mata  (penyumbat dimasukkan oleh doktor di dalam saluran air mata untuk menahan air mata di mata), dan jika anda mempunyai atau pernah mempunyai jangkitan herpes mata.
  • Maklumkan doktor anda jika anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau sedang menyusukan bayi. Jika anda hamil semasa menggunakan ubat titis mata cyclosporine, hubungi doktor anda.
  • Anda perlu tahu bahawa ubat mata cyclosporine tidak boleh digunakan sewaktu memakai kanta lekap. Jika anda memakai kanta lekap, keluarkan sebelum menggunakan tits mata cyclosporine dan pakai kembali 15 minit kemudian. Bincang dengan doktor anda mengenai pemakaian kanta lekap jika anda mempunyai penyakit mata kering.

Adakah selamat untuk mengambil Cyclosporine (Ophthalmic) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan cyclosporine semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil cyclosporine. Cyclosporine adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Cyclosporine (Ophthalmic)?

Kesan sampingan yang serius dijangka tidak akan berlaku semasa rawatan dengan ubat ini.

Mata pedih membakar, merah, berair, pelepasan cecair, sakit, gatal-gatal, pedih, atau penglihatan kabur mungkin berlaku.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cyclosporine (Ophthalmic)?

Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

  • Ubat-ubatan anti-radang topikal (contohnya, Ketorolac) kerana boleh mengurangkan keberkesanan cyclosporine.
  • Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cyclosporine (Ophthalmic)?

    Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cyclosporine (Ophthalmic)?

    Cyclosporine mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda, terutamanya:

    • Sedang menghadapi jangkitan mata;
    • Hipersensitiviti kepada cyclosporine atau sebarang bahan-bahan dalam cyclosporine. Ubat ini tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan ini.
    • Sejarah jangkitan herpes kornea- Anda harus menggunakan ubat ini dengan berhati-hati jika anda mempunyai keadaan ini.
    • Jika anda seorang pengguna kanta lekap -Pesakit dengan masalah air mata kurang tidak boleh memakai kanta lekap.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos Cyclosporine (Ophthalmic) yang disyorkan untuk dewasa?

    Dos Dewasa yang biasa untuk Keratoconjunctivitis Sicca

    1 titis dalam setiap mata dua kali sehari (kira-kira setiap 12 jam).

    Apakah dos Cyclosporine (Ophthalmic) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan Cyclosporine (Ophthalmic)

    Cyclosporine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

    • Emulsi oftalmik: 0.05%.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas dos Cyclosporine, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 11/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan