Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Astaxantin adalah pigmen kemerah-merahan yang dimiliki oleh bahan kimia yang dipanggil karotenoid. Ia secara semulajadi terkandung dalam alga tertentu dan menyebabkan warna merah jambu atau merah dalam salmon, trout, udang galah, udang, dan makanan laut yang lain.
Astaxantin digunakan untuk merawat:
Ia juga digunakan untuk mencegah penyakit barah.
Astaxantin digunakan terus pada kulit untuk perlindungan daripada selaran matahari.
Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Astaxantin berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, Astaxantin bertindak sebagai bahan anti-oksida. Kesan ini boleh melindungi sel daripada kerosakan. Astaxantin juga menambah baik fungsi sistem imun.
Sebelum mengambil Astaxantin, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:
Peraturan untuk supplemen longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.
Astaxantin selamat apabila diambil dengan kuantiti yang terkandung dalam makanan.
Astaxantin mungkin selamat diambil sebagai supplemen melalui mulut. Astaxantin selamat digunakan dengan dos 4 hingga 40 mg setiap hari sehingga 12 minggu. Ia juga selamat digunakan apabila bergabung dengan karotenoid lain, vitamin dan mineral pada dos 4 mg setiap hari sehingga 12 bulan.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor anda.
Astaxantin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos Astaxantin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Supplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Astaxantin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen