Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Ozempic® ialah ubat preskripsi yang mengandungi bahan aktif semaglutide. Ia tergolong dalam kumpulan ubat GLP-1 receptor agonist. Ia adalah suntikan mingguan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2.

Ozempic® berfungsi untuk meniru hormon semulajadi. Oleh itu, apabila tahap hormon tersebut meningkat, molekul akan memberitahu ke otak anda bahawa anda sudah kenyang. Ia juga melambatkan penghadaman dengan meningkatkan masa yang diambil untuk makanan meninggalkan badan. Ini serupa dengan kesan pembedahan bariatrik. Ia direka untuk diambil dalam jangka masa panjang.
Ozempic® bukan ubat kurus kerana ia tidak diluluskan untuk menurunkan berat badan. Namun, sesetengah pakar perubatan menggunakannya untuk penurunan berat badan.
Dengan pengambilan Ozempic®, badan anda boleh mengalami penurunan berat badan disebabkan kesan sampingan yang berlaku.
Ozempic® boleh diambil melalui suntikan seminggu sekali di kawasan di bawah kulit perut, paha atau lengan atas anda (bahu). Jangan menyuntik ke dalam otot atau urat.
Pastikan tidak menyuntik di tempat yang sama bagi mengelakkan masalah kulit. Walaupun Ozempic® diberikan melalui suntikan, ia adalah ubat yang berbeza dengan insulin.
Ozempic® disyorkan untuk individu:
Garis panduan daripada National Institute for Health and Care Excellence, atau singkatannya NICE, mengesyorkan agar Ozempic® boleh dipreskripsikan kepada orang dewasa yang menghidap diabetes jenis 2 apabila:
Ozempic® hanya boleh diambil kepada individu yang mempunyai BMI, 35kg/m2 atau lebih dan mempunyai keadaan psikologi tambahan atau perubatan lain yang berkaitan dengan obesiti.
Walau bagaimanapun, individu yang menghidap diabetes jenis 2 boleh diberi Ozempic® jika mereka mempunyai BMI di bawah 35kg/m2 dan:
Ya, wanita hamil dan menyusukan bayi tidak boleh mengambil Ozempic®. Berikut individu lain yang tidak boleh mengambil Ozempic®.
Antara kesan sampingan yang biasa dilaporkan termasuk:
Tidak, anda tidak boleh mendapatkan Ozempic® tanpa preskripsi kerana ia adalah ubat preskripsi sahaja yang memerlukan penilaian perubatan pihak ketiga untuk menentukan kesesuaian.
Kesan kawalan gula darah dan perubahan selera makan boleh berbeza bagi setiap individu. Kesan yang berlaku berbeza buat setiap individu. Ada yang mula rasai kesannya dalam beberapa minggu, ada yang berlaku selepas 3 bulan. Namun, untuk mendapatkan hasil optimum memerlukan anda menggunakan ia secara konsisten.
Anda boleh berhenti mengambil Ozempic® tetapi akan berlaku beberapa perkara. Situasi ini akan berlaku kepada penghidap diabetes tahap 2. Ini antara gejala yang boleh berlaku:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
02/04/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa