1. Panadol adalah jenama oleh pengilang
1. Panadol adalah jenama oleh pengilang

Panadol adalah sama seperti Maggi dan Pampers. Ia adalah sejenis jenama yang sering digunakan untuk merujuk kepada produk yang hampir sama dengannya. Nama ubat itu adalah acetaminophen dan nama kimianya pula ialah N-acetyl-p-aminophenol.
Antara jenama lain bagi ubat ini adalah Paramol. Setiap jenama berbeza mempunyai sedikit perbezaan pada kandungan bahannya.
2. Panadol diuraikan oleh hati
Walaupun ada yang mendakwa bahawa panadol boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, ia sebenarnya adalah salah. Hakikatnya, buah pinggang tidak terlibat langsung dalam tindak balas panadol. Ia sebaliknya diurai oleh hati.
Pengambilannya juga adalah selamat melainkan diambil dalam dos yang tinggi pada satu-satu masa.
3. Panadol ialah sejenis antipiretik dan analgesik
Panadol digunakan sebagai antipiretik iaitu untuk mengurangkan demam dan analgesik untuk mengurangkan sakit. Namun jika demam itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, anda perlu mendapatkan antibiotik. Kebanyakan demam biasa tidak memerlukan antibiotik. Tetapi jika ia berpanjang melebihi tiga hari, bakteri mungkin menjadi puncannya.
5. Cara panadol bekerja adalah tidak jelas
Apa yang pasti adalah panadol membantu mengurangkan demam dan sakit tetapi metodnya tidak dapat dipastikan. Ia dipercayai bekerja di otak dengan mengurangkan signal sakit.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Drugsbank (17 Disember 2017). 12 Facts About Paracetamol You Should Know. Dimuat turun daripada http://www.drugsbanks.com/2017/12/30/12-facts-paracetamol-know/.
Versi Terbaru
14/02/2024
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz