Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Mengalami keletihan atau masalah keguguran rambut sering dianggap sebagai perkara biasa. Namun malangnya gejala itu boleh didasari oleh masalah kesihatan seperti anemia kekurangan zat besi. Oleh sebab itu, amat penting mendapatkan ubat untuk anemia yang berkesan atau keadaan kesihatan anda boleh menjadi semakin teruk.
Zat besi merupakan mineral yang diperlukan bagi proses tumbesaran dan perkembangan tubuh. Mineral ini akan digunakan dalam penghasilan hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Ia juga penting bagi pengeluaran myoglobin, sejenis protein yang membekalkan oksigen kepada otot 1.
Adakah anemia boleh membawa maut? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Ubat & Suplemen, sila klik di sini.
Kesan kekurangan zat besi
Kenapa berlaku anemia?
Sebelum kita mengetahui cara merawat anemia dengan berkesan, anda perlu fahami keadaan anemia kekurangan zat besi (IDA) ini paling kerap berlaku kepada kanak-kanak, wanita yang sedang mengalami pendarahan haid atau hamil dan mereka yang mengamalkan diet kurang kandungan zat besi 2.
Antara gejala anemia kekurangan zat besi termasuklah gangguan gastrointestinal (GI), lemah serta keletihan badan, kekurangan tenaga dengan kesukaran untuk fokus dan daya ingatan.
Bukan sekadar itu sahaja, individu yang mengalami anemia kekurangan zat besi juga kurang mampu untuk melawan jangkitan dan kuman, bekerja dan bersenam serta tidak dapat mengawal suhu badan mereka 1.
Bagi bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah ini turut berdepan kesukaran dalam pembelajaran 1.
Kekurangan zat besi berlaku secara berperingkat. Tahap ringan bermula dengan penurunan zat besi dalam simpanan tubuh, sama ada disebabkan pendarahan berlebihan atau diet rendah kandungan mineral ini.
Sekiranya keadaan ini berlanjutan, penipisan simpanan zat besi yang lebih besar bersama penurunan sel darah merah akan berlaku.
Situasi itu akan mendorong kepada perkembangan masalah anemia kekurangan zat besi, di mana simpanan zat besi dalam otot, hati, limfa dan sumsum tulang akan habis digunakan dan kehilangan sel darah merah 2.
Simptom anemia teruk kekurangan zat besi
Pening kepala adalah tanda-tanda anemia.
Selain daripada simptom anemia teruk dikongsikan di atas, tanda- tanda anemia pada wanita dan lelaki yang lain adalah:
Berasa pening kepala apabila berdiri dari posisi duduk
Tetapi apa kaitan masalah keguguran rambut dan kekurangan zat besi?
Apabila tubuh tidak mempunyai zat besi yang mencukupi, badan tidak dapat menghasilkan hemoglobin dalam darah.
Hemoglobin seperti yang anda tahu, memainkan peranan dalam membawa oksigen ke seluruh tubuh untuk proses pertumbuhan dan pembaikan sel-sel. Ini termasuklah sel-sel yang merangsang pertumbuhan rambut.
Berita baiknya, masalah keguguran rambut berkaitan kekurangan zat besi ini boleh dirawat. Ada ubat untuk anemia yang boleh diambil bagai mengatasi sebab kenapa berlaku anemia.
Bagi menentukan punca yang dialami melibatkan kekurangan zat besi, doktor akan mengukur tahap mineral ini dalam tubuh anda. Berkemungkinan besar, anda perlu menjalani ujian darah bagi mengukur tahap ferritin iaitu protein yang berperanan menyimpan zat besi 3.
Sekiranya hasil ujian menunjukkan tahap zat besi rendah, doktor boleh menyarankan pengambilan suplemen atau ubat untuk anemia sebagai cara merawat anemia. Antara suplemen terbaik adalah Ferrovit kerana ia mengandungi ferrous fumarate, asid folik dan vitamin B12.
Simptom anemia yang sering tidak disedari.
Ferrovit, ubat untuk anemia
Mesti anda tertanya-tanya mengapa untuk merawat anemia perlu ada ferrous fumarate, asid folik dan vitamin B12. Tidak boleh ke hanya dengan mengambil makanan tinggi kandungan zat besi?
Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan sumber zat besi untuk pencegahan. Sekiranya rawatan untuk kekurangan zat besi diperlukan, pengambilan suplemen zat besi, contohnya Ferrovit, adalah berkesan bagi merawat, mencegah dan memulihkan penyakit bergejala seperti:
Ferrovit mengandungi ferrous fumarate yang merupakan komponen penting bagi hemoglobin. Di dalam tubuh anda, zat besi menjadi sebahagian daripada hemoglobin dan myoglobin. Ferrous fumarate ialah ubat untuk anemia kekurangan zat besi 4.
Manakala asid folik yang merupakan vitamin B bersama vitamin B12 dalam Ferrovit diperlukan tubuh bagi menghasilkan sel darah merah. Tanpa sel darah merah yang mencukupi, wujud risiko untuk anda mengalami anemia5.
Apabila simptom anemia teruk terjadi, tisu dan organ dalam tubuh akan kekurangan oksigen. Tanpa oksigen yang mencukupi, badan tidak akan dapat berfungsi dengan optimum. Sekali gus turut menyumbang kepada rasa keletihan, lemah badan dan punca keguguran rambut. Kekurangan vitamin B12 juga boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf dan boleh menjejaskan ingatan dan pemikiran 6.
Jumlah pengambilan dos Ferrovit, ubat untuk anemia
Cara pengambilan ubat anemia.
Kebanyakan individu dewasa boleh mengambil suplemen Ferrovit. Manakala kanak-kanak hanya boleh diberikan atas saranan doktor.
Secara amnya, individu yang disarankan untuk mengambil suplemen ini adalah mereka dengan masalah 7:
Dos Ferrovit bagi individu dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas adalah dengan mengambil 1 biji kapsul 2 kali sehari selepas makan atau mengikut arahan doktor.
Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, doktor akan menggunakan usia atau berat badan anak untuk menentukan dos suplemen yang tepat sebagai ubat untuk anemia.
Pastikan anda berunding terlebih dahulu dengan doktor untuk mengetahui dos harian yang diperlukan tubuh.
Seperkara yang perlu anda ingat adalah untuk tidak mengambil Ferrovit bersama minuman berkafein seperti kopi atau teh, mahupun minuman dan makanan tinggi kalsium seperti susu atau yogurt kerana ia akan menyekat penyerapan zat besi 7.
Kesimpulan
Kini anda telah pun mengetahui beberapa sebab kenapa berlaku anemia. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat bagi anda terutama yang mencari ubat untuk anemia! Sekiranya mempunyai keraguan mengenai keadaan kesihatan diri, lakukan pemeriksaan untuk lebih kepastian.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Iron (2021). https://ods.od.nih.gov/factsheets/Iron-Consumer/. Accessed on Sept 9, 2021.
Iron. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/iron/. Accessed on Sept 9, 2021.
Song Youn Park, Se Young Na, Jun Hwan Kim, Soyun Cho, and Jong Hee Lee (2013, Jun 3). Iron Plays a Certain Role in Patterned Hair Loss. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3678013/. Accessed on Sept 9, 2021.
Ferrous fumarate. https://www.uofmhealth.org/health-library/d03920a1. Accessed on Sept 9, 2021.
Folate-Deficiency Anemia. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/folate-deficiency-anemia. Accessed on Sept 9, 2021.