Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Walaupun Hitam, Ubat Ini Ada Banyak Manfaat! 9 Manfaat Yang Anda Perlu Tau
Pernahkah anda mendengar tentang ubat arang? Ubat arang atau lebih dikenali sebagai activated charcoal merupakan antara rawatan tradisional dan moden yang sering digunakan untuk mengatasi masalah pencernaan seperti perut kembung, keracunan makanan, dan cirit-birit.
Ini sebenarnya yang berlaku di dalam badan anda.
Apabila seseorang makan bahan yang bertoksik, ia akan masuk ke perut mereka. Dengan makan ubat charcoal ia membantu menghalang racun daripada diserap oleh badan. Maka, perkara ini boleh mengelakkan seseorang itu menjadi sakit teruk.
Ubat arang untuk apa?
Di luar situasi kecemasan, produk arang teraktif dipasarkan sebagai suplemen dan ubat bebas kaunter untuk pelbagai keperluan gastrousus (dan banyak lagi). Itu termasuk perkara seperti:
Untuk merawat senak atau gas, ubat charcoal ini boleh diambil sejurus sebelum makan atau selepas makan makanan, di mana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
Pastikan anda menelan tablet atau kapsul keseluruhan dan jangan hancurkan, kunyah atau pecahkan.
Kesan ubat charcoal
Harus diingatkan untuk dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Walaupun tidak semua kesan sampingan diketahui, pill charcoal dianggap selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan untuk jangka masa yang singkat dan jangka panjang.
Sembelit yang teruk
Pedih ulu hati yang teruk atau sakit tekak
Dehidrasi . Akan mengalami pening, kekeliruan, rasa sangat dahaga, kurang membuang air kecil atau berpeluh
Secara ringkasnya, ubat arang mempunyai pelbagai manfaat terutamanya dalam membantu masalah pencernaan seperti cirit-birit, keracunan makanan ringan dan perut kembung.
Namun begitu, penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak semua keadaan sesuai dirawat dengan ubat charcoal, malah ia juga boleh mengganggu penyerapan ubat lain jika diambil serentak.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Top 10 Activated Charcoal Uses & Benefits https://draxe.com/activated-charcoal-uses/ Accessed March 24, 2017
10 Ways You Can Use Activated Charcoal to Improve Your Health http://www.besthealthmag.ca/best-you/health/10-ways-you-can-use-activated-charcoal-to-improve-your-health/ Accessed March 24, 2017
How to use Activated Charcoal https://wellnessmama.com/247/activated-charcoal/ Accessed March 24, 2017
Should You Take Activated Charcoal for a Stomach Bug (or Any Other Reason)? https://health.clevelandclinic.org/is-it-safe-to-take-charcoal-pills-for-gas-and-bloating Accessed September 24, 2025
Activated charcoal https://www.drugs.com/mtm/activated-charcoal.html Accessed September 24, 2025
Versi Terbaru
04/11/2025
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid