Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Tanda-tanda reaksi alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; kemerahan, bengkak, lepuh, atau kulit menggelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; rasa sesak di dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; kegarauan yang luar biasa; atau bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak mungkin berlaku apabila menggunakan ubat ini.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dulcolax?
Dulcolax® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dulcolax?
Dulcolax® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dulcolax?
Dulcolax® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas:
1 supositori dalam satu dos harian. Buka plastik dengan elok. Masukkan supositori dengan baik ke dalam rektum, bahagian yang runcing masuk terlebih dahulu. Kekalkan kira-kira selama 15 hingga 20 minit.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun: 1/2 supositori dalam dos harian tunggal.
Kanak-kanak di bawah 2 tahun: sila rujuk doktor.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Dulcolax® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
- Supositori: bisacodyl 10mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dulcolax®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen