backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?

Asid hidroksisitrik adalah bahan kimia yang terdapat di dalam kulit buah Garcinia Cambogia, Garcinia indica, dan Garcinia atroviridis atau lebih dikenali dengan nama buah asam gelugur. Ia juga boleh didapati di bahagian-bahagian bunga tumbuhan Hibiscus subdariffa dan Hibiscus rosa-sinensis. Ia adalah serupa dengan bahan kimia asid sitrik.

Asid hidroksisitrik digunakan untuk meningkatkan prestasi senaman dan penurunan berat badan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa asid hidroksisitrik dapat menurunkan berat badan dengan menghalang penyimpanan lemak dan mengawal selera makan. Ia mungkin meningkatkan prestasi senaman dengan mengehadkan penggunaan tenaga yang tersimpan dalam otot, lantas menghalang keletihan yang cepat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada asid hidroksisitrik atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid) selamat digunakan?

Asid hidroksisitrik mungkin selamat digunakan untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut selama kurang dari 12 minggu.

Peringatan khas & amaran

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa asid hidroksisitrik adalah selamat digunakan untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Masalah pendarahan: Terdapat kebimbangan bahawa asid hidroksisitrik berupaya melambatkan pembekuan darah. Ini mungkin akan meningkatkan risiko pendarahan atau lebam pada orang yang mengalami masalah pendarahan.

Diabetes: Asid hidroksisitrik berupaya mengurangkan kadar gula darah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat antidiabetes konvensional mungkin perlu diselaraskan.

Pembedahan: Asid hidroksikitrik berupaya menjejaskan tahap gula darah dan menjadikan pembekuan darah perlahan. Ini mungkin akan menyukarkan pengawalan kadar gula dalam darah, pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil asid hidroksisitrik sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sebarang pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?

Asid hidroksisitrik boleh menyebabkan loya, ketidakselesaan saluran pencernaan, dan sakit kepala apabila digunakan dalam jangka masa yang pendek. Keselamatan pada jangka masa yang panjang masih tidak diketahui.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?

Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid) yang biasa digunakan?

Dos untuk produk asid hidroksisitrik ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?

Produk asid hidroksisitrik ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul Ekstrak Garcinia Cambogia Asid Hidroksisitrik

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan