Community Guidelines

Panduan Komuniti Hello Doktor

Jom hidup sihat dan sejahtera bersama!

Hello Doktor sangat pentingkan tahap kesihatan anda semua. Kami komited untuk terus memberi informasi terbaik berkaitan aspek kesihatan sehingga anda semua mampu hidup dengan lebih baik. Namun, kami perlukan bantuan anda.

Kami ingin mengajak anda untuk bersama dalam forum komuniti Hello Doktor. Forum ini akan menjadi platform untuk kita semua bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha untuk hidup dengan sihat dan sejahtera.

Sebelum itu, sila baca beberapa panduan seperti berikut:

Platform terbaik untuk kita semua

Kami percaya semua orang ingin hidup sihat dan sejahtera termasuklah anda di dalam komuniti ini. Jadi, kami tidak akan bertoleransi terhadap segala hantaran berbaur penghinaan, pembulian, pembencian, perkauman serta diskriminasi bangsa, kaum, agama, jantina dan lain-lain.

Pasukan kami akan memastikan segala hantaran tersebut diperiksa dan mereka yang melanggar syarat akan dikenakan tindakan. Anda juga boleh melaporkan perkara ini kepada kami.

Bebas bersuara tetapi dengan berhemah

Anda bebas untuk bertanya soalan berkaitan kesihatan. Anda juga bebas menyampaikan pendapat secara terbuka, namun sila lakukan dengan berhemah. Hello Doktor melarang anda menyebut, mencela dan menyerang individu secara peribadi. Kami ingin menjadikan platform ini sebagai tempat untuk bersuara, namun bukan untuk bermusuh.

Jangan menipu diri anda sendiri

Hello Doktor sangat menghargai kejujuran dan kepercayaan agar seluruh anggota komuniti mampu mendapatkan informasi yang sahih lagi benar. Jadi, jangan gunakan nama dan akaun palsu ketika bersuara untuk elakkan informasi yang tidak tepat.

 

Post dan Soalan

Berwaspada dengan post berbentuk foto dan video

Pastikan anda hanya guna teks, foto dan video yang berkaitan dan tidak menyentuh sensitiviti. Hello Doktor tidak akan bertoleransi dengan hantaran berbaur kekerasan, kebencian dan anasir jahat lain. Grafik yang mengandungi luka, darah dan hal sensitif lain perlu dilabel dengan amaran ‘Foto/Video mengandungi unsur kurang nyaman’ sebagai peringatan buat orang lain.

Tanyakan pada diri sendiri sebelum membuat hantaran: adakah ia akan membuat pembaca lain tidak selesa dengannya?

Jika pihak kami dapati ada pengguna yang menghantar foto/video berbaur negatif, kami akan terus memadam dan menghalang hantaran itu dari terlihat. Anda juga boleh laporkan perkara ini kepada kami melalui pautan ini .

Jangan kongsi jika tidak pasti

Anda mungkin boleh memberi nasihat ringan pada orang lain, namun sila hindarkan memberi nasihat berat berkaitan tahap kesihatan orang lain. Serahkan perkara tersebut kepada pakar kami untuk hujah lebih tepat.

Jangan kongsi kesan sampingan ubatan

Hello Doktor tidak membenarkan anda berkongsi sebarang kesan sampingan ubatan di platform ini. Sila berjumpa dengan doktor segera untuk berbincang tentang hal itu.

Ini bukan platform untuk anda berniaga

Komuniti Hello Doktor diwujudkan dengan tujuan untuk kita bertukar pandangan mengenai isu berkaitan kesihatan. Segala macam bentuk promosi, iklan atau kegiatan komersial di dalam forum komuniti adalah tidak dibenarkan.

Hello Doktor juga melarang penyelitan pautan atau sebutan sebarang laman sesawang lain selain naungan Hello Health Group.

 

Pelanggaran Sebarang Panduan

Kami akan bertegas terhadap perlanggaran sebarang panduan komuniti. Akaun pengguna yang melanggar sebarang panduan secara berulang akan diblok dan dilarang bersuara lagi di Hello Doktor oleh moderator.

Jika anda ingin melaporkan akaun atau hantaran yang melanggar panduan ini, sila klik tombol ‘laporkan akaun’.

Jika anda diblok namun tidak melakukan kesalahan, sila kirimkan e-mel dengan subjek ‘Appeal Request’ ke alamat [email protected].

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti