Zicam (Ubat Selesema)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Zicam®?

Zicam® digunakan untuk mengurangkan tempoh selesema dan keparahan simptom selesema seperti:

  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Bersin
  • Batuk
  • Sesak Dada

Bagaimanakah saya harus mengambil Zicam®?

Buka penutup dan klip keselamatan.

Tahan dengan ibu jari di bawah botol dan muncung dengan jari anda.

Sebelum menggunakan kali pertama, pam dengan menekan beberapa kali.

Letakkan muncung melepasi lubang hidung (kira-kira 1/8).

Sandarkan kepala ke belakang.

Pam dua kali ke dalam setiap lubang hidung.

Elakkan menghidu berlebihan.

Lapkan sebarang lebihan.

Ambil dos setiap tiga jam, tidak melebihi lima dos dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zicam®?

Zicam® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zicam® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zicam® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zicam®?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zicam® atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Zicam®.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zicam®?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zicam®?

Zicam® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zicam®?

Zicam® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas Zicam®?

Zicam® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zicam®.

Apakah dos Zicam® yang sesuai untuk seorang dewasa?

Sembur empat kali dalam mulut pada permulaan simptom. Sembur ke dalam mulut bahagian pipi, lelangit dan gusi. Biarkan selama 15 saat. Kemudian telan.

Ulangi setiap tiga jam sehingga simptom lega.

Untuk hasil yang terbaik, ambil semula 48 jam selepas simptom lega.

Untuk mengelakkan gangguan perut, jangan mengambil ketika perut kosong.

Jangan makan atau minum selama 15 minit selepas digunakan. Jangan makan atau minum buah atau jus sitrus selama 30 minit sebelum atau selepas. Dan, minum air dengan banyak.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas:

  • Sembur empat kali dalam mulut pada permulaan simptom. Sembur ke dalam mulut bahagian pipi, lelangit dan gusi. Biarkan selama 15 saat. Kemudian telan
  • Ulangi setiap tiga jam sehingga simptom lega
  • Untuk hasil yang terbaik, ambil semula 48 jam selepas simptom lega
  • Untuk mengelakkan gangguan perut kecil, jangan mengambil dengan perut kosong
  • Jangan makan atau minum selama 15 minit selepas digunakan. Jangan makan atau minum buah atau jus sitrus selama 30 minit sebelum atau selepas. Dan, minum air dengan banyak

Kanak-kanak yang berumur di bawah tiga tahun: Rujuk doktor sebelum guna.

Apakah bentuk ketersediaan Zicam®?

Zicam® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

    Ubat gel bonjela adalah antara cara merawat ulser mulut yang paling dipercayai. Persoalannya, adakah ia benar berkesan dan tidak berbahaya? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

    Ramai yang sangka rutin penjagaan oral adalah sekadar menggosok gigi dan gusi sahaja. Tidak, anda juga perlu memberus lidah. Kenapa? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

    “Saya ada membaca artikel yang mengatakan, diet tinggi protein mempunyai keburukan kepada tubuh. Apakah keburukan protein yang diambil secara berlebihan?”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Tahukah kalian bahawa ada sejenis penyakit yang akan menyebabkan suara lelaki dewasa seperti budak kecil? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah buang air kecil OAB

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    media sosial di malaysia

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit dada kiri

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    sukan wanita

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan