Plenyl

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Plenyl®?

Plenyl® digunakan untuk merawat atau mencegah tahap vitamin dan mineral yang rendah di dalam badan. Ia boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah kaedah pengambilan Plenyl®?

Ambil multivitamin dengan mineral melalui mulut dengan atau tanpa makanan.

Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda.

Bincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda tentang sebarang pertanyaan mengenai cara menggunakan Plenyl®.

Apakah kaedah penyimpanan Plenyl®?

Plenyl® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Plenyl® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Plenyl® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Plenyl® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil Plenyl®?

Sebelum mengambil Plenyl®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Plenyl® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Plenyl®.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dari pengambilan Plenyl®?

Plenyl® boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Ruam
  • Geligata
  • Gatal-gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Kesesakan di dada
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mungkin bertindak balas dengan Plenyl®?

Plenyl® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindakbalas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Plenyl® boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan ini (phéntoine, phénobarbital, primidone, levodopa).

Adakah makanan atau minuman beralkohol bertindakbalas dengan Plenyl®?

Plenyl® boleh bertindakbalas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindakbalas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan Plenyl®?

Plenyl® mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Plenyl®.

Apakah dos Plenyl® untuk orang dewasa?

Dos yang disyorkan ialah 1 tablet sehari, selama 15 hari hingga satu bulan.

Apakah dos Plenyl® untuk kanak-kanak?

Belum ada dos yang disyorkan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia sentiasa penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Dalam bentuk apakah Plenyl® didapati?

Plenyl® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet boleh kunyah
  • Tablet berbuak

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Plenyl®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan