Durasal Cr

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa kegunaan Durasal Cr ?

Durasal CR® (salbutamol) biasanya digunakan untuk tujuan kelegaan dari kondisi bronchospasm atau kejang bronkial ketika lelah (bronchial asthma), serta rawatan untuk bronkitis kronik atau emphysema.

Bagaimanakah kegunaan Durasal Cr?

Ubat ini biasanya dalam bentuk kapsul. Anda perlu menelan kapsul dengan segelas air penuh. Jangan kunyah atau menghancurkannya, tapi anda dinasihati supaya telan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Durasal Cr?

Anda dinasihatkan supauya menyimpan Durasal CR® pada suhu bilik, jauh daripada cahaya secara langsung dan kelembapan yang tinggi. Untuk mengelakkan ubat menjadi rosak, jangan menyimpan Durasal CR® di bilik mandi atau peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama Durasal CR® yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan penyimpanan, atau tanyalah pakar farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat di tempat selamat, dan terletak jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Durasal CR® ke dalam tandas atau longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk pakar farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Durasal Cr?

Terdapat kontra-indikasi bagi Durasal CR® (salbutamol) dalam situasi berikut:

  • Salbutamol tidak boleh digunakan untuk pengguguran janin semasa trimester pertama atau kedua.
  • Ubat-ubatan salbutamol dan dadah jenis beta-blocking seperti propranolol biasanya tidak boleh digunakan bersama.
  • Tablet salbutamol dikontraindikasikan pada pesakit dengan sejarah hipersensitif terhadap mana-mana komponen mereka.

Pesakit yang mempunyai masalah genetik yang mengalami intoleransi galaktosa, kekurangan laktase lap atau glukosa – galaktosa malabsorpsi tidak boleh mengambil ubat ini.

Bronkodilator tidak boleh menjadi satu-satunya rawatan utama pada pesakit yang menghidap lelah yang teruk atau tidak stabil.

Peningkatan penggunaan bronchodilators khususnya beta2-agonists bertindak untuk melegakan gejala menunjukkan kemerosotan kawalan lelah. Sekiranya pesakit mendapati rawatan bronkodilator kurang berkesan atau memerlukan lebih banyak penyedutan daripada biasa, pesakit perlu mendapatkan rawatan lain.

Salbutamol menyebabkan vasodilation periferal yang boleh menyebabkan takikardia refleks dan peningkatan output jantung.

Salbutamol hanya perlu diberi kepada pesakit yang mengidap thyrotoxicosis secara berhati-hati selepas penilaian rapi terhadap manfaat dan risiko rawatan.

Pemantauan berterusan terhapad tahap potasium pada pesakit lelah yang teruk adalah penting kerana hipokalemia mungkin akan terakibat daripada terapi agonis beta-2.

Pemberian ubat beta agonis dikaitkan dengan kenaikan glukosa darah. Oleh itu, tahap glukosa dan laktat darah perlu dipantau dalam rawatan pesakit kencing manis dan diabetes yang diselaraskan dengan sewajarnya untuk memenuhi keperluan pesakit kencing manis semasa tokolisis. Pesakit kencing manis mungkin tidak dapat mengimbangi kenaikan glukosa darah dan perkembangan ketoasidosis telah dilaporkan.

Pemberian ubat kortikosteroid secara serentak boleh menyebabkan kesan yang lebih serius.

Kesan kardiovaskular mungkin terjadi dengan pemberian ubat simpatomimetik, termasuk salbutamol. Ada beberapa bukti dari data pasca pemasaran dan penerbitan saraf iskemia miokardium yang dikaitkan dengan beta agonis.

Pesakit yang menghidap penyakit jantung yang teruk (contohnya penyakit jantung iskemia, aritmia atau kerosakan jantung yang teruk) yang menerima salbutamol harus diberi amaran untuk mendapatkan nasihat perubatan jika mereka mengalami sakit dada atau simptom-simptom lain yang memburukkan lagi penyakit jantung. Perhatian harus diberikan kepada penilaian simptom seperti rasa sakit dyspnea dan sakit dada, kerana mereka mungkin berasal dari isu pernafasan atau kardiovaskular.

Adakah selamat untuk mengambil Durasal Cr semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang efek menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusu. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang potensi dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Durasal Cr?

Satu-satunya kesan sampingan adalah gegaran halus otot rangka, yang berlaku pada sesetengah pesakit, biasanya pada tangan dan berkaitan dengan dos yang diambil.

Beberapa pesakit akan merasa cemas; ini juga disebabkan oleh kesan pada otot rangka dan tidak menyebabkan rangsangan CNS.

Jika dos salbutamol yang dimabil adalah lebih tinggi daripada yang disyorkan, atau pada pesakit yang sangat sensitif terhadap perangsang beta-adrenergik, vasodilil periferal dan kenaikan tinggi kadar denyutan jantung boleh berlaku.

Dalam sesetengah kes, salah satu kesan sampingan adalah sakit kepala. Asidosis laktik, myoklonus, edema paru-paru, hypokalemia, aritmia jantung juga mungkin berlaku. Reaksi hipersensitiviti termasuk angioedema, urticaria, bronkospasme, hipotensi dan pengsan jarang berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau pakar farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Durasal Cr?

Apabila Durasal CR® berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, ia mungkin mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda terhadap kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikannya kepada doktor dan pakar farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti atau mengubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Ubat yang mungkin menampakkan kesan sampingan apabila berinteraksi dengan Durasal CR® termasuklah:

  • Anestetik halogenasi
  • Ubat anti-diabetik
  • Ejen pengurang posium

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Durasal Cr?

Durasal CR® mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan cara mengubah keberkesanan ubat atau meningkatkan risiko terhadap kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau pakar farmasi tentang interaksi makanan atau alkohol terhadap ubat anda sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Durasal Cr?

Durasal CR® mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah keberkesanan ubat. Adalah penting untuk sentiasa memberitahu doktor dan pakar tentang keadaan kesihatan yang anda dialami.

Terutamanya jika anda:

  • Mengalami hipertiroid
  • Menghidap diabetes

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Durasal Cr yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa selalunya adalah 4mg selama tiga atau empat kali sehari.

Jika bronkodilasi yabg cukup tidak mampu diperolehi setiap dos tunggal, pesakit boleh meningkatkan dos sebanyak 8mg secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit mendapat pelepasan yang mencukupi dengan 2mg selama tiga atau empat kali sehari.

Pesakit yang berusia lanjut atau pada orang yang amat sensitif terhadap ubat perangsang beta-adrenergik, adalah dinasihatkan untuk memulakan rawatan dengan 2mg selama tiga atau empat kali sehari.

Apakah dos Durasal Cr yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos berikut harus diberikan selama tiga atau empat kali sehari.

2-6 tahun: 1-2mg

6-12 tahun: 2mg

Lebih 12 tahun: 2-4mg

Dos tidak disyorkan pada pesakit kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau pakar farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Durasal Cr

Durasal CR® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Kapsul Durasal-CR® 4 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Sekiranya berlaku kecemasan atau telah mengambil ubat berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke hospital terdekat anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Durasal CR®, ambil secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos seterusnya, anda boleh mengabaikan dos yabg lepas dan mengambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Asma, Pusat Kesihatan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Proses Bersalin 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Kelahiran bayi tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut? Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    komplikasi asma

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Pneumonia: Punca, Gejala, Faktor Risiko, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan