Dramamine for Kids

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Dramamine for Kids?

Dramamine® for Kids biasanya digunakan untuk pencegahan dan rawatan gejala-gejala yang berkaitan dengan masalah mabuk gerak:

  • Loya
  • Muntah
  • Pening kepala

Bagaimanakah kegunaan Dramamine for Kids?

Ambil Dramamine® for Kids melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda terutamanya berkenaan: dos dan jadual pengambilan.

Baca label dengan teliti sebelum menggunakan Dramamine® for Kids.

Sila rujuk doktor anda untuk apa-apa maklumat mengenai label yang anda tidak faham dengan jelas.

Bagaimana saya menyimpan Dramamine for Kids?

Dramamine® for Kids paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dramamine® for Kids di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dramamine® for Kids yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Dramamine® for Kids ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dramamine for Kids?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anak anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anak anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Dramamine® for Kids atau ubatan lain
  • Anak anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anak anda mempunyai masalah pernafasan

Adakah selamat untuk mengambil Dramamine for Kids semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan disenaraikan di bawah:

  • Mengantuk
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur
  • Tinitus (bunyi berdengung)
  • Kekeringan mulut dan saluran pernafasan
  • Ketidakseimbangan
  • Rasa berdebar-debar
  • Pening kepala
  • Tekanan darah rendah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dramamine for Kids?

Dramamine® for Kids boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dramamine for Kids?

Dramamine® for Kids mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dramamine for Kids?

Dramamine® for Kids boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sila rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakannya.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 6 ke 12 tahun: gunakan 1 hingga 2 tablet yang boleh dikunyah setiap 6-8 jam; jangan gunakan lebih daripada 6 tablet dalam masa 24 jam, atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Kanak-kanak 2 hingga 6 tahun: gunakan ½ hingga 1 tablet yang boleh dikunyah setiap 6-8 jam. Jangan gunakan lebih daripada 3 tablet dalam masa 24 jam.

Kanak-kanak kurang daripada 2 tahun: jangan gunakan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Dramamine® for Kids boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dramamine® for Kids, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah? Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo

    Anda terkena vertigo secara tiba-tiba dan tidak tahu apa perlu buat? Jom klik artikel ini untuk tahu 4 teknik yang kalian boleh cuba di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

    Jika anda berasa pening kepala walaupun tidak bergerak, itu adalah vertigo. Ini tip cara tidur orang vertigo untuk bantu kurangkan simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut, Berkesan Ke Kalau Minum?

    Jus anggur antara minuman yang dikatakan banyak faedah pada kesihatan diri. Malahan, ada yang mempercayai bahawa ia dapat membantu mencegah flu perut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah usus

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan sakit kepala

    Info Lengkap Mengenai Sakit Kepala: Kenali Jenis, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 4 minit bacaan
    pening kepala

    Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda dehidrasi pada anak

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan