Anda pasti?
Alteplase biasanya digunakan untuk merawat darah beku. Ia mungkin juga diberikan kepada anda untuk sebab lain. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.
Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik.
Ia diberikan dalam bentuk suntikan ke dalam kateter.
Alteplase paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alteplase di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alteplase yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang alteplase ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Maklumkan semua penyedia penjagaan kesihatan anda bahawa anda mengambil alteplase. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.
Anda mungkin akan berdarah dengan lebih mudah. Berhati-hati dan elakkan kecederaan. Gunakan berus gigi yang lembut dan pencukur elektrik.
Tingkatkan tahap penjagaan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan, mengelakkan jatuh atau kemalangan.
Pastikan darah anda sentiasa diperiksa seperti yang telah diberitahu oleh doktor. Sila rujuk dengan doktor anda terlebih dahulu.
Jika anda berusia 75 tahun atau lebih, sila gunakan ubat ini dengan berhati-hati. Anda boleh mendapat lebih banyak kesan sampingan yang tidak diingini.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Alteplase adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:
Sila maklumkan kepada doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom berikut yang mungkin berkait dengan kesan sampingan yang sangat buruk:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda
Alteplase boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Alteplase mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Alteplase boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos Dewasa biasa untuk Penginfarkan Miokardium
Untuk kaedah mempercepat penyerapan:
Untuk kaedah penyerapan selama 3 jam:
Dos Dewasa Biasa untuk Embolisme Pulmonari
50 mg / jam IV selama 2 jam untuk jumlah dos sebanyak 100 mg. Heparin biasanya diberikan pada sebelum penghujung atau sejurus selepas penerapan ubat ini, apabila masa tromboplastin separa atau masa trombin menurun dua kali ganda dari kadar yang normal ataupun kurang lagi.
Dos Dewasa Biasa untuk Strok Iskemia
0.9 mg / kg (sehingga 90 mg) IV selama 60 minit dengan 10% daripada jumlah dos yang diberikan sebagai bolus IV awal pada minit pertama.
Dos Dewasa Biasa untuk Gangguan Trombosis / Tromboembolus
Kateter vena sentral yang tersumbat:
Cadangan daripada pengilang (CathFlo Activase): Pesakit dengan berat badan 30 kg atau lebih: gunakan kepekatan dos 2 mg / 2 mL; boleh ambil dos kedua jika kateter kekal tersumbat selepas 2 jam jangka masa dibiarkan. Satu kajian baru-baru ini meningkatkan dos sebanyak 0.5 mg, 1 mg, dan 2 mg (dalam 60 minit jangka masa dibiarkan) dan mendapati bahawa 86.2% daripada kateter dapat dibersihkan dengan dos 0.5 mg.
Dos Pediatrik Biasa untuk Gangguan Thrombosis / Thromboembolus
Penyumbatan kateter IV: Masukkan ke dalam kateter dan jangan disuntik ke atas pesakit secara terus: Dos yang tersenarai adalah per lumen (lubang); bagi kateter yang mempunyai banyak lumen, hanya satu lumen dibersihkan pada satu masa; dos yang disuntik mestilah sentiasa disedut keluar semula dari kateter selepas dibiarkan.
Cadangan pengilang (CathFlo Activase):
Dos alternatif:
Alteplase boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alteplase, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Alteplase. https://www.drugs.com/dosage/alteplase.html. Accessed September 27, 2017
Alteplase. http://www.medicinenet.com/alteplase/article.htm. Accessed September 27, 2017
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen