Vinpocetine

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan vinpocetine?

Vinpocetine adalah bahan kimia buatan manusia yang menyerupai bahan yang terdapat dalam tumbuhan periwinkle Vinca minor. Ia digunakan sebagai ubat.

Vinpocetine digunakan untuk:

  • Penyakit, seperti penyakit Alzheimer, yang mengganggu pemikiran. Vinpocetine mungkin mempunyai kesan kecil terhadap penurunan kemahiran berfikir kerana pelbagai sebab, tetapi kebanyakan kajian telah dijalankan selama 4 bulan atau kurang. Kebanyakan kajian telah diterbitkan sebelum tahun 1990, dan hasilnya sukar difahami kerana mereka menggunakan pelbagai istilah dan kriteria untuk penurunan kognitif dan demensia
  • Degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). AMD adalah keadaan yang menyebabkan kehilangan penglihatan dalam kalangan orang tua. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vinpocetine secara oral selama dua bulan mungkin meningkatkan penglihatan pada individu yang menghidap AMD
  • Hilang pendengaran. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa jika vinpocetine diambil secara intravena (oleh IV) selama 10 hari belum dapat meningkatkan pendengaran pada individu yang mengalami gangguan pendengaran
  • Dialisis (hemodialisis). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan vinpocetine setiap hari sehingga satu tahun mengurangkan pembentukan kalsium di sekitar sendi individu yang memerlukan hemodialisis
  • Meningkatkan ingatan. Kajian awal menunjukkan bahawa vinpocetine mungkin meningkatkan kekuatan ingatan individu biasa. Pengambilan vinpocetine bersama-sama dengan ginkgo juga untuk meningkatkan ingatan jangka pendek pada individu dewasa yang sihat
  • Terdapat beberapa bukti bahawa vinpocetine mungkin mengurangkan sedikit kerosakan otak disebabkan acute ischemic stroke. Terdapat hanya beberapa kajian klinikal yang menyiasat penggunaan vinpocetine untuk strok, dan sebahagian besar telah diterbitkan dalam bahasa selain bahasa Inggeris. Tinjauan saintifik terhadap kajian-kajian ini mendapati belum terdapat persetujuan yang sama dalam kalangan kajian untuk membuktikan keberkesanan vinpocetine untuk strok iskemia
  • Telinga berdengung (tinnitus). Beberapa kajian awal mencadangkan bahawa pemberian vinpocetine secara oral dan intravena (oleh IV) bersama dengan fisioterapi mungkin mengurangkan dengung di telinga. Walau bagaimanapun, pemberian vinpocetine oleh IV dilihat kurang berkesan berbanding nicergoline dalam mengurangkan dengung di telinga yang disebabkan oleh bunyi nyaring
  • Masalah kencing malam dan masalah air kencing yang berkaitan. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan vinpocetine selama 2 minggu mungkin mengurangkan bilangan kadar buang air kecil pada siang hari atau pada waktu malam
  • Pencegahan penyakit Alzheimer
  • Mabuk laut
  • Simptom menopaus
  • Sawan
  • Sindrom keletihan kronik (CFS)

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian yang belum mencukupi tentang bagaimana vinpocetine berfungsi tetapi ia mungkin meningkatkan aliran darah ke otak dan menawarkan perlindungan untuk sel-sel otak (neuron) terhadap kecederaan. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil vinpocetine?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada vinpocetine atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah vinpocetine selamat?

Vinpocetine selamat untuk kebanyakan individu apabila diambil dengan mulut dengan sewajarnya.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusu badan. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan vinpocetine ketika hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaannya.

Masalah pendarahan: Jangan ambil vinpocetine jika anda mempunyai masalah dengan pembekuan darah kerana ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan.

Sistem imun yang lemah: Vinpocetine mungkin melemahkan sistem imun pada sesetengah individu. Ini boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan. Jika anda sudah mempunyai sistem imun yang lemah kerana keadaan lain seperti HIV / AIDS atau rawatan kanser, rujuk dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan vinpocetine.

Pembedahan: Vinpocetine mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan vinpocetine sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda dijadualkan untuk pembedahan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan vinpocetine?

Tiada kesan berbahaya yang ketara telah dilaporkan dalam kajian terhadap pesakit Alzheimer yang dirawat dengan dos vinpocetine yang besar (60 mg sehari) selama satu tahun.

Vinpocetine boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuklah sakit perut, loya, gangguan tidur, sakit kepala, pening, ketakutan, dan muka kemerahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan vinpocetine?

Vinpocetine mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan vinpocetine:

  • Ubat yang melambatkan pembekuan darah

Vinpocetine mungkin melambatkan pembekuan darah. Mengambil vinpocetine bersama-sama dengan ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan mungkin meningkatkan kemungkinan lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin, yang lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, , heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Warfarin (Coumadin)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. Vinpocetine mungkin meningkatkan tempoh warfarin (Coumadin) berada di dalam badan, dan meningkatkan kemungkinan lebam dan pendarahan. Pastikan darah anda sentiasa diperiksa. Dos warfarin anda (Coumadin) mungkin perlu diubah.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan vinpocetine.

Apakah dos vinpocetine yang biasa?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

SECARA ORAL:

Untuk merawat masalah ingatan dan pemikiran seperti penyakit Alzheimer: 5-10 mg vinpocetine tiga kali sehari.

Dos untuk vinpocetine mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan vinpocetine?

Vinpocetine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet
  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Masih Perlu Dirawat, Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang!

    Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

    Ah hampanya! Dah cuba pelbagai cara menidurkan bayi, tetapi semua tak berkesan! Ingin cuba mainan gantung, tapi ragu-ragu? Baca artikel ini dahulu ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    Cara menghilangkan sakit perut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    Penyebab sakit perut

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    pemeriksaan perut

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan