Kegunaan
Apakah kegunaan Madu Ratu Lebah?
Madu Ratu Lebah adalah rembesan seperti susu yang dihasilkan oleh lebah pekerja madu. Ia biasanya mengandungi lebih kurang 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10% hingga 16% gula, 3% hingga 6% lemak, dan 2% to 3% vitamin, garam, dan asid amino.
Madu Ratu Lebah digunakan untuk merawat asma, demam alahan, penyakit hati, pankreatitis, masalah tidur (insomia), sindrom prahaid (PMS), ulser perut, penyakit buah pinggang, patah tulang, simptom-simptom menopaus, gangguan kulit, dan kolesterol tinggi.
Ia juga digunakan sebagai tonik kesihatan umum, bagi melawan kesan penuaan, dan bagi menguatkan sistem imun.
Sesetengah individu menyapu Madu Ratu Lebah terus pada kulit sebagai tonik atau pada kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut.
Bagaimana ia berfungsi?
Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Madu Ratu Lebah ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen