backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Karob (Carob)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Karob (Carob)?

Karob digunakan untuk merawat keadaan kesihatan seperti:

  • Masalah pencernaan.
  • Penyakit seliak (celiac) dan spru.
  • Obesiti.
  • Muntah-muntah semasa kehamilan.
  • Kolesterol tinggi.

Karob juga digunakan untuk muntah-muntah, memhilangkan batuk, dan cirit-birit pada bayi.

Karob boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kandungan tanin dalam Karob boleh mengurangkan keberkesanan bahan tertentu (enzim) yang membantu pencernaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Karob (Carob)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Karob atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Karob (Carob) selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Karob adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Karob (Carob)?

Karob boleh menyebabkan reaksi alahan semasa pengambilan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Karob (Carob)?

Karob (Carob) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Karob (Carob) yang biasa digunakan?

Untuk cirit-birit:

  • Orang dewasa: dos yang disyorkan adalah sekitar 20 gram setiap hari.
  • Kanak-kanak: dos yang disyorkan adalah 15 gram setiap hari.

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Karob (Carob)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Serbuk Karob (Carob Powder).

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan