Astaxantin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Astaxantin?

Astaxantin adalah pigmen kemerah-merahan yang dimiliki oleh bahan kimia yang dipanggil karotenoid. Ia secara semulajadi terkandung dalam alga tertentu dan menyebabkan warna merah jambu atau merah dalam salmon, trout, udang galah, udang, dan makanan laut yang lain.

Astaxantin digunakan untuk merawat:

  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit Parkinson
  • Strok
  • Kolesterol yang tinggi
  • Degenerasi makular yang berkaitan dengan usia (AMD)

Ia juga digunakan untuk mencegah penyakit barah.

Astaxantin digunakan terus pada kulit untuk perlindungan daripada selaran matahari.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Astaxantin berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, Astaxantin bertindak sebagai bahan anti-oksida. Kesan ini boleh melindungi sel daripada kerosakan. Astaxantin juga menambah baik fungsi sistem imun.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Astaxantin?

Sebelum mengambil Astaxantin, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan Aataxantin atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan pada makanan, pewarna, pengawet atau binatang.

Peraturan untuk supplemen longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jaminan keselamatan penggunaan Astaxantin?

Astaxantin selamat apabila diambil dengan kuantiti yang terkandung dalam makanan.

Astaxantin mungkin selamat diambil sebagai supplemen melalui mulut. Astaxantin selamat digunakan dengan dos 4 hingga 40 mg setiap hari sehingga 12 minggu. Ia juga selamat digunakan apabila bergabung dengan karotenoid lain, vitamin dan mineral pada dos 4 mg setiap hari sehingga 12 bulan.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Astaxantin?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Astaxantin?

Astaxantin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Astaxantin yang biasa digunakan?

Dos Astaxantin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Supplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Astaxantin?

Astaxantin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk Astaxantin yang bersalut
  • Astaxantin softgel

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

    Penjagaan pesakit strok yang rapi adalah amat penting bagi memaksimakan proses penyembuhan mereka. Ikuti panduan penjagaan berikut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Strok & Aneurisme 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Strok Pada Bayi Baru Lahir

    Sama seperti individu dewasa berusia, strok pada bayi juga boleh berlaku dan mempunyai risiko yang sama tinggi untuk mendapat strok.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Garis Panduan Baru Strok Untuk Wanita

    Selama bertahun-tahun, strok telah menjadi faktor yang memberi kesan kepada kebanyakan penduduk moden akibat perubahan yang banyak dalam gaya hidup. Secara umum, sebagai seorang wanita, anda mungkin menghadapi faktor ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Strok & Aneurisme 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Bolehkah Teknologi Membantu Dalam Pemulihan Strok?

    Pemulihan daripada strok mencabar bagi ramai pesakit. Mujurlah, teknologi moden ada untuk membantu. Teknologi baru ini benar-benar membantu pesakit mendapatkan semula fungsi tubuh. Selain itu, terdapat beberapa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan, Tips Kesihatan 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    penyakit strok

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    angin ahmar

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    strok

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan