backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

L-Karnitin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan L-Karnitin?

L-karnitin merupakan asid amino (bahan yang diperlukan untuk membentuk protein)  dihasilkan di dalam badan secara semula jadi.

Suplemen L-karnitin digunakan untuk meningkatkan tahap L-karnitin pada individu yang mempunyai kandungan L-karnitin terlalu rendah secara semula jadi kerana masalah genetik, mengambil ubat yang tertentu (asid valporik bagi sawan), atau kerana menjalani prosedur rawatan (hemodialisis bagi penyakit buah pinggang) yang menggunakan L-karnitin. Ia juga digunakan sebagai suplemen untuk vegetarian, pemakanan, berat badan yang rendah atau bayi pramatang.

L-karnitin juga digunakan bagi penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salur darah termasuk serangan jantung yang menyebabkan sakit pada dada, kegagalan jantung kongestif (CHF), komplikasi pada jantung bagi penyakit difteria, serangan jantung, sakit kaki yang disebabkan oleh masalah peredaran darah (klaudikasi yang sementara),serta kolesterol yang tinggi.

Sesetengah orang menggunakan L-karnitin untuk penyakit otot yang berkaitan dengan ubat-ubatan AIDS, ketidaksuburan lelaki, sindrom Rett, anoreksia, sindrom keletihan kronik, diabetes, tiroid yang terlalu aktif,  masalah kekurangan tumpuan serta hiperaktif (ADHD), ulser kaki, penyakit Lyme, dan untuk meningkatkan prestasi atlit serta ketahanan mereka.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun begitu, seperti yang diketahui bahawa L-karnitin akan membantu tubuh badan untuk menghasilkan tenaga. Sumber ini penting untuk jantung, otak, pergerakan otot, dan proses – proses tubuh badan yang lain.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil L-Karnitin?

Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya:

  • Mengandung atau menyusukan anak. Sekiranya anda mengandung atau menyusukan anak, anda hanya boleh makan ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Pengambilan ubat-ubatan yang lain. Sekiranya anda ada mengambil jenis ubat – ubatan yang lain termasuk ubat boleh dibeli tanpa mendapatkan perskripsi doktor.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan kousso, herba atau ubat – ubatan yang lain.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan yang lain
  • Sekiranya anda mempunyai alergi pada bahan lain seperti makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah L-Karnitin selamat digunakan?

L-karinitin selamat digunakan untuk semua individu sama ada diambil melalui oral atau suntikan, dengan kelulusan pegawai perubatan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Mengandung serta menyusukan anak. Tidak diketahui sejauh mana keselamatan penggunaan L-karnitin terhadap ibu yang mengandung serta menyusukan anak. Sila ambil langkah berjaga- jaga dan elak penggunaannya.

Mengambil L-kartinin berkemungkinan selamat bagi ibu mengandung apabila diambil melalui oral dan mengikut dos yang disyorkan. L-kartinin juga diberikan kepada bayi melalui susu ibu serta formula dalam kuantiti yang sedikit tetapi tiada kesan sampingan dilaporkan. Kesan sampingan jika diambil dalam kuantiti yang banyak bagi ibu yang menyusukan anak tidak diketahui.

Kanak-kanak: kanak-kanak selamat untuk mengambil L-karnitin melalui oral atau suntikan intravena, jangka masa pendek.

Tiroid yang kurang aktif (hypothyroidism): Mengambil L-karnitin mungkin menyebabkan simptom hipotiroidism menjadi lebih teruk.

Kegagalan buah pinggang: Menggunakan L-karnitin telah dilaporkan menyebabkan simptom seperti kelemahan otot dan kejatuhan mata apabila diberikan secara intravena (IV) selepas dialisis. L-karnitin tidak menyebabkan kesan ini.

Sawan: L-karnitin boleh menyebabkan individu lebih cenderung kepada sawan lebih – lebih lagi pada individu yang pernah menghadapinya sebelum ini. Sekiranya anda mempunyai sawan, jangan gunakan L-karnitin.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan L-Karnitin?

L-karnitin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mual, muntah, sakit perut, pedih ulu hati, cirit-birit, dan sawan. L-karnitin juga boleh menyebabkan air kencing, nafas, dan peluh untuk mempunyai bau yang seperti ikan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan L-Karnitin?

L-keratin ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.

Produk yang akan memberikan tindak balas termasuk :

  • Acenocoumarol

Acenocoumarol (Sintrom) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. L-karnitin dapat meningkatkan keberkesanan acenocoumarol (Sintrom). Meningkatkan keberkesanan acenocoumarol (Sintrom) akan menyebabkan pembekuan darah menjadi telalu lambat. Dos dari acenocoumarol  (Sintrom) yang anda ambil perlu diubah.

  • Hormon tiroid
  • L-karnitin mengurangkan fungsi hormon tiroid di dalam badan. Mengambil L-karnitin dengan hormon tiroid akan mengurangkan keberkesanan hormon tiroid.

    • Warfarin

    Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. L-carnitine mungkin meningkatkan kesan warfarin (Coumadin) dan meningkatkan peluang lebam dan pendarahan. Pastikan darah anda sentiasa diperiksa. Dos warfarin anda (Coumadin) mungkin perlu ditukar.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos L-Karnitin yang biasa digunakan?

    Dos dibawah telah dikaji secara santifik:

    Melalui oral :

    Bagi kekurangan L-karnitin pada orang dewasa: 990 mg dua hingga tiga kali sehari dalam tablet atau sebagai  cecair oral.

    Untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh asid valproic (Depacon, Depakene, Depakote, VPA): 50 hingga 100 mg / kg / hari dalam tiga atau empat dos dibahagikan kepada maksimum 3 gram / hari.

    Untuk sakit dada dan kegagalan jantung kongestif (CHF): 1 gram dua kali sehari.

    Selepas serangan jantung : 2 hingga 6 gram sehari.

    Untuk gejala tiroid yang terlalu aktif: 1-2 gram dua kali sehari.

    Untuk lelaki yang mandul: 2 gram L-karnitin ditambah 1 gram L-asetil-karnitin setiap hari.

    Dos untuk L-karnitin mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Suplemen  tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan L-Karnitin?

    L – karnitin boleh didapati dalam bentuk berikut :

    • Kapsul L – karnitin.
    • Serbuk L – karnitin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan