backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Frukto-Oligosakarida

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Frukto-Oligosakarida?

Frukto-Oligosakarida terdiri daripada gula tumbuhan yang terikat dalam rantaian. Gula ini biasanya digunakan untuk membuat ubat.

Frukto-Oligosakarida digunakan untuk:

  • Sembelit.
  • Cirit-birit pelancong.
  • Tahap kolesterol tinggi.
  • Dalam makanan, Frukto-Oligosakarida digunakan sebagai pemanis.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Frukto-Oligosakarida berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Frukto-Oligosakarida masuk ke usus besar tanpa dicerna di mana herba ini meningkatkan jisim usus dan menggalakkan pertumbuhan bakteria tertentu yang dianggap bermanfaat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Frukto-Oligosakarida?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Frukto-Oligosakarida atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Frukto-Oligosakarida selamat digunakan?

Frukto-Oligosakarida dilihat selamat apabila diambil kurang dari 30 gram sehari.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang cukup tentang penggunaan Frukto-Oligosakarida semasa mengandung dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Frukto-Oligosakarida?

Frukto-Oligosakarida boleh menyebabkan kembung (flatulens), bising usus, kembung, kejang perut, dan cirit-birit. Kesan ini biasanya ringan jika dos yang diambil kurang daripada 10 gram sehari.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Frukto-Oligosakarida?

Frukto-Oligosakarida mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Frukto-Oligosakarida yang biasa digunakan?

Dos untuk Frukto-Oligosakarida mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Frukto-Oligosakarida?

Frukto-Oligosakarida boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Frukto-Oligosakarida berkapsul 750mg.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan