Kegunaan
Apakah kegunaan Hawaiian Baby Woodrose?
Hawaiian Baby Woodrose adalah sejenis tumbuhan hiasan yang mempunyai kaitan dengan pokok bunga kembang pagi. Tumbuhan ini tumbuh di Florida, California, dan Hawaii.
Walaupun terdapat kebimbangan serius mengenai keselamatannya, Hawaiian Baby Woodrose digunakan bagi melegakan kesakitan dan menyebabkan berpeluh.
Namun tumbuhan ini lebih terkenal untuk digunakan sebagai halusinogen.
Bagaimana ia berfungsi?
Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Hawaiian Baby Woodrose berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, herba ini diketahui mempunyai kesan halusinasi yang sama seperti kemabukan alkohol dengan kesan visual psikedelik seperti warna tertonjol. Kesan ini berakhir dalam jangka masa 6-8 jam.
Langkah berjaga-jaga & Amaran
Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Hawaiian Baby Woodrose?
Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:
- Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
- Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
- Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Hawaiian Baby Woodrose atau ubatan lain atau herba lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
- Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.
Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen