home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Manfaat Ginkgo Biloba

Manfaat Ginkgo Biloba

Ginkgo biloba juga dikenali sebagai pokok maidenhair, adalah salah satu spesies pokok tertua di planet ini. Pokok ginkgo mempunyai ciri-ciri yang sangat unik. Ia mampu membesar lebih daripada 130 kaki dan boleh hidup selama lebih dari seribu tahun.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suplemen ginkgo telah menjadi semakin popular dan kini merupakan ubat herba terlaris. Ginkgo memainkan peranan penting dalam ubat tradisional Cina di mana daun ginkgo dan benihnya telah digunakan selama ribuan tahun. Ekstrak ginkgo biloba dikumpulkan dari daun hijau yang kering dan boleh didapati dalam ekstrak cecair, kapsul, dan tablet.

Penggunaan ginkgo biloba dalam perubatan

Selama berabad-abad, pokok ginkgo dianggap telah pupus sehingga ia ditemui di China, di mana ia mula-mula digunakan dalam perubatan. Orang Cina mengambil ginkgo untuk manfaat kognitif dan untuk mengurangkan simptom asma, mereka juga makan kacang ginkgo kerana sifatnya “menguatkan”. Menurut Institut Penyelidikan Produk Asli, penggunaan tradisional ginkgo biloba lain termasuk:

  • Mengelakkan kencing malam
  • Meningkatkan tenaga seksual
  • Melegakan kerengsaan pundi kencing
  • Mengubati cacing usus
  • Merawat gonorea

Menambahbaik memori, demensia dan Alzheimer

Walaupun terdapat pelbagai “brain boosters” di pasaran , banyak bahan yang kebanyakannya tidak mempunyai penyelidikan untuk menyokong dakwaan peningkatan memori mereka.

Menurut Dr Evangeline Lausier dari Pusat Perubatan Universiti Duke, ginkgo biloba adalah salah satu yang menunjukkan lebih menjanjikan daripada kebanyakan yang lain dan biasanya digunakan di Eropah untuk jenis demensia akibat aliran darah yang berkurangan. Ginkgo biloba cenderung memperbaiki aliran darah di dalam pembuluh kecil.

Menurut Dr Adriane Fugh-Berman dari Fakulti Perubatan Universiti Georgetown, beberapa kajian meta-analisis dan tinjauan sistematik menunjukkan bahawa ginkgo biloba membantu untuk demensia sama seperti ubat-ubatan untuk merawat Alzheimer.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa orang yang mengalami demensia boleh mendapat manfaat daripada pengambilan ginkgo, walaupun lebih banyak kajian diperlukan. Antara manfaatnya termasuk:

  • Meningkatkan pemikiran
  • meningkatkan ingatan
  • Tingkah laku sosial lebih baik

Suplemen tambahan lain untuk meningkatkan memori

Berikut adalah beberapa suplemen memori lain yang mungkin juga mempunyai potensi, tetapi memerlukan lebih banyak kajian:

  • Asid lemak omega-3. Kajian mencadangkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 yang lebih tinggi daripada makanan seperti ikan air sejuk, tumbuhan dan minyak kacang, dan walnut sangat dikaitkan dengan risiko Alzheimer yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kajian menyeluruh yang membandingkan omega-3 untuk plasebo diperlukan untuk membuktikan manfaat ingatan daripada makanan tambahan ini.
  • Huperzine A. Ubat semulajadi ini berfungsi dengan cara yang sama seperti ubat Alzheimer. Tetapi lebih banyak bukti diperlukan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya.

  • Acetyl-L-carnitine. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa asid amino ini mungkin membantu pesakit Alzheimer dengan masalah ingatan. Ia boleh memberikan manfaat yang lebih besar kepada orang yang mempunyai peringkat awal dan kadar penyakit yang cepat.

  • Vitamin E. Walaupun vitamin E nampaknya tidak mengurangkan risiko perkembangan Alzheimer, ia mungkin melambatkan perkembangannya. Kajian terkini telah menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan risiko kematian pada orang yang tidak sihat yang mengambil vitamin E yang tinggi, jadi pastikan berunding dengan doktor sebelum mengambil makanan tambahan ini.
  • Ginseng Asia (atau Panax). Herba yang kadang-kadang digunakan dengan ginkgo biloba. Ginseng Asia boleh membantu dengan keletihan dan kualiti hidup.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Ginkgo Biloba: Health Benefits, Uses, Risks. http://www.medicalnewstoday.com/articles/263105.php. Accessed Mar 19, 2017.

Ginkgo Biloba Benefits and Your Memory. http://bebrainfit.com/ginkgo-biloba-benefits/. Accessed Mar 19, 2017.

Fortifying Your Memory With Supplements. http://www.webmd.com/diet/features/fortifying-your-memory-with-supplements#1. Accessed Mar 19, 2017.

Ginkgo biloba may help memory, but may have serious health risks. http://center4research.org/healthy-living-prevention/vitamins-dietary-supplements-and-over-the-counter-medications/ginkgo-biloba-may-help-memory-but-may-increase-stroke-risk/. Accessed Mar 19, 2017.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 05/10/2018
x