Kayu Manis Cassia didapati mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan, dan apabila diambil dengan mulut dalam dos ubat sehingga selama empat bulan.
Ia juga didapati mungkin selamat apabila digunakan pada kulit dalam jangka masa yang pendek.
Kayu Manis Cassia mungkin tidak selamat apabila diambil oleh mulut dalam jumlah yang besar, untuk tempoh masa yang panjang.
Peringatan dan amaran khusus:
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Kayu Manis Cassia adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.
Kanak-kanak: Kayu Manis Cassia mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dengan sewajarnya. Satu gram bahan ini setiap hari didapati telah digunakan dengan selamat pada remaja berusia 13-18 tahun sehingga tiga (3) bulan.
Diabetes: Kayu Manis Cassia dapat menurunkan kadar gula dalam darah pada orang yang menghidap kencing manis. Berhati-hati terhadap tanda-tanda gula darah rendah (hipoglisemia), dan sentiasa pantau paras gula darah anda dengan berhati-hati jika anda mempunyai diabetes dan menggunakan bahan ini dalam jumlah yang lebih besar daripada jumlah yang biasanya didapati dalam makanan.
Penyakit hati: Kayu Manis Cassia mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan hati. Sekiranya anda mempunyai penyakit hati, jangan mengambil bahan ini dalam jumlah yang lebih besar daripada jumlah yang biasanya didapati dalam makanan.
Pembedahan: Kayu Manis Cassia mungkin akan menurunkan paras gula darah dan mungkin mengganggu kawalan paras gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil bahan ini sebagai ubat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?
Kayu Manis Cassia boleh mengandungi sejumlah besar bahan kimia yang disebut coumarin (kumarin). Pada orang yang sensitif, coumarin boleh menyebabkan atau memburukkan lagi penyakit hati. Apabila digunakan pada kulit, Kayu Manis Cassia kadang-kadang boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan kulit.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?
Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Produk yang boleh bertindak balas dengan Kayu Manis Cassia termasuklah:
Kayu Manis Cassia mungkin akan menurunkan paras gula darah. Ubat diabetes juga digunakan untuk menurunkan gula darah. Maka pengambilan bahan ini bersama ubat diabetes boleh menyebabkan paras gula darah anda terlalu rendah. Sila pantau paras gula darah anda dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.
Antara ubatan yang digunakan untuk diabetes termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), dan tolbutamide (Orinase) .
Mengambil Kayu Manis Cassia dalam dos yang sangat besar boleh membahayakan hati, terutama pada orang yang mempunyai penyakit hati yang sedia ada. Mengambil sejumlah besar bahan ini bersama dengan ubat-ubatan yang mungkin juga membahayakan hati, mungkin akan meningkatkan risiko kerosakan hati. Jangan ambil Kayu Manis Cassia dalam jumlah yang besar jika anda ada mengambil ubat yang berupaya merosakkan hati.
Antara ubat yang boleh menyebabkan kerosakan hati termasuklah acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan), itraconazole (Sporanox) erythromycin (Erythrocin, Ilosone, yang lain), phenytoin (Dilantin), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), dan simvastatin (Zocor).
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon) yang biasa digunakan?
Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan Kayu Manis Cassia (Cassia Cinnamon)?
Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
- Kayu Manis mentah.
- Serbuk Kayu Manis mentah.
- Kapsul serbuk Kayu Manis.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen