Tiada maklumat yang mencukupi tentang kesan sampingan pengambilan minyak sawit. Namun dalam sesetengah kes, alergi boleh berlaku.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan ubat sawit?
Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang boleh bertindak balas dengan minyak sawit termasuk: Ubat yang memperlahankan proses pembekuan darah antikoagulan / antiplatelet).
Minyak sawit akan mempercepatkan pembekuan darah. Pengambilan minyak sawit bersama-sama ubat yang memperlahankan pembekuan akan menyebabkan ubat ini kurang efektif.
Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, dan lain- lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos minyak sawit yang biasa diberikan?
Untuk mencegah kekurangan vitamin A, dos minyak sawit seperti:
- 3 sudu (9 gram) satu hari minyak sawit untuk orang dewasa dan kanak -kanak berumur 5 tahun ke atas
- 4 sudu (12 gram) satu hari untuk wanita mengandung
- 2 sudu (6 gram) untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
Ketersediaan minyak sawit
Minyak sawit boleh didapati dalam bentuk:
- Gel lembut 250 mg, 1000 mg
- Gabungan kapsul dengan suplimen lain
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen